Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah - Tempat Pertama

Replika Cek bernilai RM3,000.00

Ruang legar pejabat dihias begitu cantikdan ceria sekali.
Berbaloilah kalau dapat tempat pertama. Tahniah kepada mereka2 yang telah bertungkus lumus menghias ruang legar dan ruang tamu pejabat.Apabila nampak ruang yang cantik begini kita2 ni pun ambillah kesempatan untuk bergambar kenang2an sebagai ingatan di masa akan datang.


(Mek2 dari unit Kewangan) Lina, Nisha,Nora, Midah, Sharimah dan Lyadia.



Wednesday, February 17, 2010

Kursus Asas Pengauditan Anjuran Jabatan Akauntan Negara Cawangan Labuan - 18-19 Feb 2010

Azlina, Lyadia, Afizah, Ashabul, Nisa, Nora, Sharimah, Hamidah n me

Hari ini semua staf Unit Kewangan mengikuti Kursus Asas Pengauditan anjuran Jabatan Akauntan Negara, Labuan, kecuali Pn. Marcella Ketua Unit kami cuti sakit.

Dua orang penceramah dari Jabatan Audit Negara KK. Kursus berfokus kepada cara-cara pengauditan dan bagaimana mencari penemuan dan kaitan2 dengan perundangan. Walaupun jawatan kita bukanlah sebagai juru audit tetapi dengan tidak secara langsung kita semua adalah juru audit (di pejabat ataupun di rumah). Apabila bercakap pasal wang dan perbelanjaan dan pertanyaan2 macamana wang itu dibelanjakan, maka itu sudah menjurus kepada kerja2 audit. Jadinya, jangan hairan kalau pra pesanan di hantar ke Unit Kewangan, setelah disemak kemungkinan ada juga yang kena kuiri. Itulah sebahagian kerja2 audit. Kalau dulu2 penjawat2 awam gentar bila sebut audit nak datang, sepatutnya tak perlu risau dan stress. kalau kerja2 kita up to date dan tidak ada unsur2 penyelewengan, maka sambut saja kedatangan audit dengan hati yang tenang dan ceria. Tapi yang sedihnya tu, kerja kita mungkin tip top dan bersih tetapi kaitan daripada kerja2 orang lain menyebabkan kita juga terlibat sama kerana tangungjawab kita di Unit Kewangan itu adalah mengurus pembayaran. Tapi tak apalah, asalkan kita buat kerja dengan ikhlas dan niat kita betul Isyaallah, Tuhan yang di atas akan sentiasa melindungi kita semua.