Friday, October 1, 2010

Berkunjung kerumah Lydia Karamilla sempena hari pernikahannya hari ini 01 Oktober 2010 (Jumaat).



Hari Raya TERBUKA untuk semua warga jabatan - 01 Oktober 2010

Sharimah, Sarmah, Nora dan KS

begambar beramai2 selepas makan

menikmati hidangan

Menu utama Nasi Briyani

acar, dhal dan limau

kari daging

rendang ayam

laksa sarawak

cendol

laksa penang

soto dan rojak


meja VIP


Jam10.30 pagi Hari Jumaat diadakanHari Raya Terbuka Jabatan untuk semua warga JPWPLabuan. Pelbagai juadah dan kuih muih dihidangkan. Antaranya ialah Nasi Briyani, Nasi Dagang, nasi empet, satay, soto, rojak, laksa sarawak, laksa penang, rendang ayam, kari daging, dhal, acar, ayam masak merah, agar2, karipap, cukbadak, kuih2 raya, cendol dan pelbagai jenis minuman.

Tuesday, September 28, 2010

berKunjung ke rumah Pengarah bersama KS dan Sharimah - malam 28 Oktober 2010

Malam tadi hujan lebat sungguh. Seluruh perumahan Lazenda Villa 6 black out lebih kurang 5 minit. Semasa di pejabat saya dan Sharimah bercadang untuk berkunjung ke rumah Pengarah. KS pula nak join, jadi dalam hujan lebat tu kami bertiga teruskan juga ke rumah Pengarah sebab dah maklumkan kepada Pengarah (kesihan pula beliau tertunggu2). Kami sengaja berkunjung ke rumah pengarah sebab beliau akan berangkat balik ke Semenanjung dan seterusnya akan menunaikan Fardhu Haji. Pelbagai barang Pengarah berikan kepada kami sebab beliau tidak bercadang untuk membawa barang2 itu balik ke Semenanjung. KS dapat lampu tidur, Sharimah dapat carpet, bunga bakul dan 3 pasu orkid. Saya pula dapat sebuah buku novel (Tiada lagi mimpi), 4 pasu orkid, cekur dan pasu2 kosong. Anak pengarah Aleen sempat lagi membungkus kuih2 raya untuk KS dan Sharimah. Betapa pemurah dan baik hati Pengarah, isteri dan anaknya. Terima kasih banyak2 tuan, puan dan Aleen.

beRaya di pejabat.....28 Oktober 2010

Pagi tadi lebih kurang jam 10.00 pagi Pengarah singgah diUnit Kewangan mempelawa kami bersama beliau menghadiri jamuan Hari Raya di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di tingkat 6 Ujana Kewangan. Seronoknya kami sebab dalam kepala terbayangkan makanan yang sedap2.Lagipun perut tengah lapar. Menu yang dihidangkan ialah nasi masak hujan panas, rendang daging, kari ayam, lodeh, ketupat, kuah kacang,kek coklat dan pelbagai kuih muih.

Jam 1.00 petang pula Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) membuat Hari Terbuka Hari Raya untuk sektor mereka. Seawal jam 12.00 semua warga jabatan dijemput menikmati hidangan yang disediakan. Staf Unit Kewangan berkunjung ke SPS jam 1.00 petang iaitu lunch time. Pelbagai hidangan seperti nasi kebuli, soto ayam, roti canai, mee goreng, mi siam, ketupat,kuah kacang, rendang, ayam masak merah, chicken wing goreng, lamban, kek, kuih muih, buah2an dan 2 jenis minuman sejuk. Satu hari ni memang kenyang dengan pelbagai juadah. Tapi esok saya dah nekad akan menghabiskan Puasa 6 di bulan syawal. Tinggal satu hari lagi.Hari Khamis ada jemputan terbuka Raya pulak di Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) dan saya akan beRaya sakan selepas menghabiskan Puasa 6 esok InsyaALLAH.....

Hari Jumaat akan ada terbuka Raya untuk Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan(SKPP) dan Unit Kewangan ditugaskan untuk menguruskan jamuan. Menu utama ialah Nasi Briyani, satay,ketupat,laksa,kuih muih. Hai....tak sabar nak selesaikan Puasa 6 esok (walaupun esok ada jamuan ringan untuk En. Azmiy yang akan bertukar tempat bertugas ke Kota Kinabalu), tak apalah kuatkan hati dan kuatkan iman demi mengharapkan pahala sepanjang tahun.