Saturday, May 14, 2011

MENGHADIRI PROGRAM PUSPANITA (BELAJAR MEMASAK SOTO MAKASAR DAN KUIH APAM KACANG) - 14 MEI 2011



Hari ini saya menghadiri program PUSPANITA. Ahli Jawatankuasa telah mengatur satu program belajar memasak kepada ahli. Menu yang dicadangkan ialah soto makasar dan kuih apam kacang. Guru Masak ialah Datin Hjh Dayang Pungut seorang pesara bekas Guru Besar.

Setelah sekian lama tidak mengikuti program belajar memasak ini seronok juga apabila mendapat peluang begini. Kalau dulu saya belajar memasak melalui Persatuan Jiran Wanita. Pelbagai menu masakan dari membuat kuih kampung, biskut, kek, kuih-muih, lauk pauk dan puding.

Untuk menyediakan Kuah Soto Makasar ini tidaklah begitu susah.
Kacang tanah digoreng 3/4 masak (boleh juga disangan), bawang merah dan bawang putih, serbuk sup adabi diblend bersama air. Masukkan 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, lawang dan cengkih). Masuk halia, lengkuas dan serai yg dititik. Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan kacau perlahan2. Masukkan garam dan sedikit gula.

Bahan yang dimakan bersama kuah;
Nasi empet, daging dan ayam yg telah direbus (dihiris), bawang goreng, tung coi, limau nipis atau kesturi, daun bawang dan daun sadri.

Sambal yg dimakan bersama soto makasar ialah;
lada padi (di blend), bawang putih, taucu (berwarna kunin g) ditumis hingga wangi.


Thursday, May 12, 2011

Pemantauan Akaun Sekolah



Selepas Naziran JAN Unit Kewangan akan pergi ke sekolah2 untuk memantau Akaun Sekolah.

Pada 11 Mei 2011 Kumpulan 1 yang diketuai oleh En. Zeno telah membuat pemantauan ke SK Rancha-Ranca dan 12 Mei 2011 ke SK Membedai.

Pada 12 Mei 2011 Kumpulan 3 yang diketuai oleh saya sendiri memantau ke SK Pantai. Pengauditan kami terhadap dokumen kewangan di sekolah ini nampaknya bertambah baik. Kesilapan dan kecuaian yang ditemui boleh diperbetulkan lagi. Tahniah kepada SK Pantai terutama sekali KPT yang mengurus Akaun Sekolah Pn. Alimah Jumian.

Tuesday, May 10, 2011

NAZIRAN DAN EXIT MEETING PENGURUSAN KEWANGAN JPWPLABUAN OLEH JAN

En. Ruben dari JAN sedang melaporkan dapatan
hasil naziran pengurusan kewangan JPWPlabuan

staf Unit Kewangan kyusuk mendengar teguran2 yang dikemukakan


pegawai2 naziran JAN sedang mengaudit dokumen kewangan JPWPLabuan