Friday, March 4, 2011

ABM 2012-2013 DI HANTAR KE BAHAGIAN KEWANGAN KPM - 3 FEBRUARI 2011

Setelah bertungkus lumus menyelaras dan mensepadukan ABM bagi 4 aktiviti utama selama lebih kurang 11 hari akhirnya buku ABM bagi semua aktiviti telah pun dihantar ke KPM. Walaupun buku ABM yang dihantar tidak cukup sempurna tetapi sekurang-kurangnya hasrat untuk menyediakan bajet bagi tahun 2012-2013 terlaksana juga akhirnya.

Aktiviti Menengah disediakan oleh KU Kewangan sendiri en. zeno .
Aktiviti Rendah disediakan oleh sharimah, midah dan hj yunus (perjanjian prog & Ringkasan eksekutif 2012-2013).
Aktiviti Pentadbiran Negeri dan Pusat Ko oleh kak ti dan nisha (gaji).
Bantuan KPM oleh lyadia.
Aktiviti Pra Sekolah oleh pn. hasnah.
Pembangunan oleh laidin dan
Aset oleh miedy.

Staf unit kewangan yang lain membantu membuat memprint, fotokopi, membinding dan mem'packing' buku2 ABM yang telah siap untuk dihantar ke KPM. Itulah mereka nisha, ina, zila dan ashabul. Buku ABM yang telah siap ini dihantar oleh cik sharimah ke KPM dimana kebetulan beliau ada mesyuarat ABT di Putrajaya.

Tapi....cerita ABM belum selesai lagi kerana akan ada pemeriksaan bajet pada 9 Mac 2011 oleh pegawai2 dari Bahagian bajet KPM yang diketuai oleh SUB en. khamis derus. Untuk itu pada hari sabtu dan ahad staf unit kewangan akan berkampung lagi untuk membuat fotokopi bagi persediaan menghadapi pemeriksaan itu nanti. Pada 7 Mac ini akan ada pra pemeriksaan bajet bersama pengarah dan Ketua Aktiviti akan membentangkan peruntukan bajet bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Dan yang pastinya bajet kali ini tidak menjanjikan pembayaran bonus tetapi kepada mereka2 yang telah bertungkus lumus dan ada yang sanggup tidur di pejabat dan ada juga yang migrin gara2 menyiapkan bajet ini maka anda semua pasti akan dibayar OT walaupun ia melebihi satu pertiga dari gaji pokok anda.

Terima kasih banyak2 kepada semua sektor, semua unit dan pusat ko yang telah membantu memberi input, data dan sumbangsaran dalam kami menyediakan bajet untuk jabatan. Tanpa kerjasama dan input dari anda semua mungkin bertambahlah buntu dan stress kami di unit kewangan dalam menyediakan ABM.

Kepada mereka2 yang mungkin terlibat menyediakan ABM tetapi tidak tersebut dalam blog saya ini harap maaf kerana saya catat apa yang saya nampak sahaja.