Sunday, February 6, 2011

'LABELLING ' ?













Untuk program 5S ini banyak benda perlu di 'label' bagi memudahkan kerja-kerja dan membantu semua staf di Unit untuk mencari barang-barang yang diperlukan. Oleh kerana saya tidak tergolong di kalangan orang2 yang 'creative' maka saya ambil bahagian yang lain iaitu membuat label atau tagging mana-mana yang patut. Saya ambil inisiatif menyusun fail-fail dan peralatan di dalam bilik fail agar bilik itu nampak lebih kemas dan indah di pandang mata. bermula dari 1 Feb hinggalah 5 Feb saya menghabiskan masa melabel dan menyusun mana2 yang perlu di bilik fail itu. Walaupun mungkin tidak seindah di mata orang lain tetapi bagi saya kekemasan di bilik fail ini sudah cukup menyenangkan hati saya. Saya juga berterima kasih kepada Ina, midah dan fazila yang turut membantu memindahkan kotak2 fail dari bilik fail ke bilik lain untuk dipindah ke stor. Seusai saya menyisih dokumen2 yang tidak diperlukan lagi midah dan fazilalah yang berulang alik membuangnya ke belakang. Syabas Unit Kewangan & Akaun! semoga kekemasan ini berterusan dan akan ada peningkatan dari masa ke semasa. Bukan kerana hadiah atau ganjaran yang dijanjikan tetapi disiplin diri yang lebih utama. Biasanya apa yang terpamer itu mengambarkan keperibadian kita...wallahualam....