Friday, September 13, 2019

lumrah orang pencen.......

bila kita dah bersara dan digelar orang pencen ni kita rasa bersyukur kerana sampai ke usia pencen dan sempat menikmati faedah2 pencen sebagai penjawat awam.....bersyukur kerana perkhidmatan tidak tersangkut di mana2 .....bersyukur kerana diberi kesihatan sehingga ke tarikh akhir berpencen....

sebagai orang pencen ni kita memanglah happy....tak ada lagi nak sibuk2 nak fikir2 kerja ofis....yang kita fikir apa yang patut kita masak untuk keluarga untuk hari ini....dan bunga2 di sekeliling rumah kita itu perlu belaian dan perhatian.....