Wednesday, September 19, 2012

LAWATAN KE LOKASI INDUSTRI RINGAN KAMPUNG BERSAMA AHLI MESYUARAT KPM - 19/9/2012


Industri Membuat KUIH CINCIN di Kampung Sungai Labu


menggunakan tepung biasa + gula pasir + gula merah + gula melaka.....dicanai pada mesin pencanai dan tebar, bubuh tepung supaya tidak melekat dan dicanai guna acuan kuih cincin. Setelah dicanai, dicuci dengan air dan goreng dengan minyak yg panas. Setelah masak celup dalam tepung beras, toskan dan goreng pada minyak panas. Sedia untuk dimakan. Sesuai sebagai ole2.




Industri Kecil Membuat MEE KERING di Kampung Bukit Kuda



.
Mee kering boleh tahan 6 bulan di luar dan boleh tahan 1 tahun kalau disimpan dalam peti ais sejuk biasa. Sesuai dibuat spaghetti.....dan juga untuk mee goreng dan mee rebus. Sempat juga saya beli 5 bungkus sebagai ole2 dari kilang ini.


Industri Kecil Memproses MINYAK KELAPA DARA (VIRGIN COCONUT OIL)



Tidak dinafikan kebaikan khasiat minyak kelapa dara ini. Saya sendiri mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara sama ada dalam bentuk minyak diminum atau dalam bentuk biji yang ditelan. Apa yang saya dapati dari meminum minyak kelapa dara ini ialah memudahkan buang air besar dan makan tidak disimpan lama dalam perut. Maknanya kalau kita makan 3 kali sehari maka kita akan membuang air besar 2 atau 3 kali juga. Kulit tidak kering.


Khasiat minyak kelapa dara untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya ialah:

  • Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.

Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri

  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman.

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis.
  • Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Minyak kelapa dara juga dapat mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran.

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga dengan segera.
  • Jika di sapu minyak kelapa dara akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit.
  • Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

Kebaikan minyak kelapa dara sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.

Minyak kelapa dara juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :
  • Mononucleosis
  • Influenza
  • Hepatitis C
  • Cacar air
  • Herpes.
Membunuh bakteria yang menyebabkan:
  • Pneumonia
  • Sakit telinga
  • Infeksi kerongkong
  • Gigi berlubang
  • Keracunan makanan
  • Infeksi saluran kencing
  • Meningitis
  • Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan:
  • Candida
  • Jock itch
  • Kadas dan infeksi lain
  • Membunuh cacing pita
  • Lice
  • Giardia
  • Parasit.