Saturday, April 7, 2012

TAZKIRAH JUMAAT - 6/4/2012

Buat pertama kalinya Tazkirah Jumaat di JPWPLabuan ni disampaikan oleh seorang Ustazah. Seronok juga.Ustazah adalah Guru Agama Cemerlang 44 yang mengajar di Sekolah Rendah. Beliau sangat seronok mengajar murid2 tahun 1 dan menolak untuk mengajar murid tingkatan 6. Alasan beliau ialah mengajar murid2 tahun satu ini seronok kerana hati mereka sangat bersih dan mudah diajar.

Ustazah cemerlang ini mencari satu kaedah bagaimana cara mudah untuk belajar Alquran iaitu istilah yang beliau guna ialah FAKADOM (Fattah, Kasrah, Dommah).
Bila saya tengok cara pengajaran ini semacam berbalik di zaman saya belajar muqaddam dulu. Cara belajar Muqaddam itu membiasakan kami mempelajari Alquran dengan mudah dan tidak mudah lupa.

Kata Ustazah berbagai alasan orang tak mau belajar Alquran di antaranya ialah:

1. tak pandai baca
2. tak faham maknanya
3. dah terlewat
4. malas membaca

Sebenarnya belajar Alquran ini sangat seronok. Pengalaman saya belajar Muqaddam dengan 2 orang kawan (semua brand sama - mualaf) ada yang lucu, ada yang sedih dan ada juga yang seronok. Yang sedih tu sebab selalu kena ngomel oleh ustazah. Biasalah lidah mualaf nih dah tegeliat2 bila nak sebut huruf2 yang susah tu. yang lucu tu baca tak ikut hukum tajwid...main belasah saja. Tapi seronoknya bila lama kelamaan bacaan kita semakin ada improvement dan boleh baca sendiri dan ustazah pun ketawa. Alhamdulillah....syukur....tak sia2 saya bersusah payah belajar masa dulu2 tu dan kini saya boleh duduk sama dengan kawan2 membaca Yasin setiap hari Jumaat di pejabat. Saya sangat2 bersyukur dan sangat berterima kasih dengan Ustazah Kalsom (Guru agama yang pertama mengajar saya membaca Muqaddam), ustaz Zaidan, Ustazah Halimah, Ustazah Hj Rohana, Allahyarham Ustaz Ibrahim dan ramai lagi guru2 agama yang mengajar di Pusat Dakwah saudara baru yang terlibat mengajar Alquran kepada saya. Semoga ilmu yang diajar itu mendapat ganjaran dari ALLAH s.w.t sewajarnya).

Tapi istilah terlewat belajar AlQuran itu tidak ada. Sama ada kita dah masuk golongan warga emas kita perlu giat lagi belajar sebab kita tak tau bila2 masa kita akan kembali ke Rahmatullah. Semoga ilmu AlQuran yang kita pelajari dan amalkan itu akan membantu kita apabila di sana nanti. Insyaallah.......

Thursday, April 5, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN (SKPP) BIL 1/2012 - 05 APRIL 2012 DI BILIK BUNGA RAYA TKT 8, UJANA KEWANGAN W.P. LABUAN.








Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan dan Pembangunan (SKPP Bil1/2012) bersama Pengetua, Guru Besar dan GPK1 adalah yang pertama dilaksanakan.

Agenda utama ialah membentangkan program-program perkhidmatan;

1. e Pangkat/perisytiharan harta dan status perjawatan oleh KU UNP/Perjawatan/Tatatertib.
2. Elaun dan insentif perkhidmatan pendidikan oleh KU Perkhidmatan
3. Dasar pengoperasian latihan oleh KU ULK
4. Pematuhan Peraturan Waktu Bekerja Rasmi Kerajaan oleh KS SKPP
5. Prestasi perbelanjaan sekolah oleh KU Kew & Akaun
6. Isu dan masalah berkaitan pengurusan perkhidmatan dan pembangunan

Oleh kerana mesyuarat ini adalah yang pertama kali maka suasana dan penerimaan ahli mesyuarat sangat menarik. Perkongsian ilmu yang mendapat sambutan hangat ialah isu kenaikan pangkat, pembangunan dan kewangan.

Tahniah kepada para pembentang dan tahniah kepada pengarah yang sentiasa berjaya menjawab soalan2 panas.

Mesyuarat SKPP bersama sekolah akan diadakan 3 kali setahun.