Saturday, May 14, 2011

MENGHADIRI PROGRAM PUSPANITA (BELAJAR MEMASAK SOTO MAKASAR DAN KUIH APAM KACANG) - 14 MEI 2011



Hari ini saya menghadiri program PUSPANITA. Ahli Jawatankuasa telah mengatur satu program belajar memasak kepada ahli. Menu yang dicadangkan ialah soto makasar dan kuih apam kacang. Guru Masak ialah Datin Hjh Dayang Pungut seorang pesara bekas Guru Besar.

Setelah sekian lama tidak mengikuti program belajar memasak ini seronok juga apabila mendapat peluang begini. Kalau dulu saya belajar memasak melalui Persatuan Jiran Wanita. Pelbagai menu masakan dari membuat kuih kampung, biskut, kek, kuih-muih, lauk pauk dan puding.

Untuk menyediakan Kuah Soto Makasar ini tidaklah begitu susah.
Kacang tanah digoreng 3/4 masak (boleh juga disangan), bawang merah dan bawang putih, serbuk sup adabi diblend bersama air. Masukkan 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, lawang dan cengkih). Masuk halia, lengkuas dan serai yg dititik. Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan kacau perlahan2. Masukkan garam dan sedikit gula.

Bahan yang dimakan bersama kuah;
Nasi empet, daging dan ayam yg telah direbus (dihiris), bawang goreng, tung coi, limau nipis atau kesturi, daun bawang dan daun sadri.

Sambal yg dimakan bersama soto makasar ialah;
lada padi (di blend), bawang putih, taucu (berwarna kunin g) ditumis hingga wangi.


No comments:

Post a Comment