Tuesday, September 28, 2010

beRaya di pejabat.....28 Oktober 2010

Pagi tadi lebih kurang jam 10.00 pagi Pengarah singgah diUnit Kewangan mempelawa kami bersama beliau menghadiri jamuan Hari Raya di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di tingkat 6 Ujana Kewangan. Seronoknya kami sebab dalam kepala terbayangkan makanan yang sedap2.Lagipun perut tengah lapar. Menu yang dihidangkan ialah nasi masak hujan panas, rendang daging, kari ayam, lodeh, ketupat, kuah kacang,kek coklat dan pelbagai kuih muih.

Jam 1.00 petang pula Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) membuat Hari Terbuka Hari Raya untuk sektor mereka. Seawal jam 12.00 semua warga jabatan dijemput menikmati hidangan yang disediakan. Staf Unit Kewangan berkunjung ke SPS jam 1.00 petang iaitu lunch time. Pelbagai hidangan seperti nasi kebuli, soto ayam, roti canai, mee goreng, mi siam, ketupat,kuah kacang, rendang, ayam masak merah, chicken wing goreng, lamban, kek, kuih muih, buah2an dan 2 jenis minuman sejuk. Satu hari ni memang kenyang dengan pelbagai juadah. Tapi esok saya dah nekad akan menghabiskan Puasa 6 di bulan syawal. Tinggal satu hari lagi.Hari Khamis ada jemputan terbuka Raya pulak di Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) dan saya akan beRaya sakan selepas menghabiskan Puasa 6 esok InsyaALLAH.....

Hari Jumaat akan ada terbuka Raya untuk Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan(SKPP) dan Unit Kewangan ditugaskan untuk menguruskan jamuan. Menu utama ialah Nasi Briyani, satay,ketupat,laksa,kuih muih. Hai....tak sabar nak selesaikan Puasa 6 esok (walaupun esok ada jamuan ringan untuk En. Azmiy yang akan bertukar tempat bertugas ke Kota Kinabalu), tak apalah kuatkan hati dan kuatkan iman demi mengharapkan pahala sepanjang tahun.

No comments:

Post a Comment