Monday, May 10, 2010

PEMANTAUAN KE SK LAYANG-LAYANGAN, SK KERUPANG,SK PATAU-PATAU DAN SK RANCHA-RANCHA - 10 MEI 2010.

Pemantauan ulangan kali keempat ke SK Rancha-Rancha

Masih banyak lagi dokumen yang masih belum dilengkapkan

PT SK Kerupang tidak berada di sekolah ketika kami datang ke sekolah untuk membantu menyemak akaun sekolah Tahun 2009 sebagai persediaan Audit.

Tiada dokumen untuk disemak. Kami hanya menandatangan buku pelawat sebagai bukti kami dah sampai ke SK Kerupang.

Hari terakhir kami membuat pemantauan Akaun Sekolah Tahun 2009. Bolehlah dikatakan rasa keletihan juga sebab kena berulang alik ke sekolah yang sama. Tapi hasrat hati ingin membantu kawan-kawan di sekolah dan ingin melihat semua sekolah mendapat Sijil Tanpa Teguran. Ketika pemantauan terakhir:

SK Layangan -Layangan - hanya guru HEM berada di pejabat. GB balik ke kampung kerana mak sakit. GPK1 menghadiri mesyuarat di Jabatan. Pembantu Tadbir ke hospital sebab ada temu janji dengan doktor.

SK Kerupang - Pembantu Tadbir tidak berada di sekolah.

SK Patau-Patau - Pembantu Tadbir sibuk menyiapkan dan mengemaskini dokumen kewangan bagi persediaan untuk pengauditan pada 12 Mei 2010. Syabas dan tahniah kepada PT Zanahriah, semoga anda berjaya.

SK Sungai Lada - Pembantu Tadbir ke klinik. Kami disambut oleh Pembantu Am Pejabat.

SK Rancha-Rancha - Pembantu Tadbir dan mantan Guru Besar sedang menyaip dan mengemaskini dokumen kewangan. Syabas...

Pada keseluruhan pemantauan......terima kasih kepada PT SK Patau-Patau kerana dengan ikhlas menerima kedatangan kami. Kami dari Unit Kewangan hanya ingin membantu sekolah. Kami berpuashati kerana dengan masa yang singkat kami sempat membuat pemantauan ke semua sekolah kecuali SM Sains dan SM Teknik. Di smping, sempat juga kami pergi berulang-ulang kali ke sekolah yang kami kenal pasti perlu dibantu.

No comments:

Post a Comment