Wednesday, March 9, 2011

BENGKEL PATSKOM DI BTPN - 08 HINGGA 10 MAC 2011

Terima kasih Pn. Kasuma dari SK Lubok Temiang

Terima kasih Pn. Maimunah dari SMK Mutiara

Terima kasih Hjh Mariah dari SK Pekan 2

Terima kasih en. Azahari dari SMK Pantai

bertuahnya en. rosli dibantu oleh 2 fasi

en. azahari sedang membantu menginstallkan program PATSKOM untuk SK Sungai Bedaun

sibuk mengemaskini PATSKOM masing2



en. azahari sedang memberi taklimat sebelum mereka
mengemaskini PATSKOM sebagai panduan


Bengkel PATSKOM bagi Akaun Sekolah Kerajaan dan SUWA bagi Tahun 2010 diadakan di BTPN W.P.Labuan. Jabatan telah melantik 4 orang Fasilatator tetapi hanya 3 orang saja yang dapat membantu kerana Pn. Angeline menghadiri kursus di INTAN Sabah. Fasilatator yang sudi membantu jabatan ialah En. Azahari, CIk Hjh Mariah dan Pn. Maimunah. Seorang peserta yang sudi membantu ialah Pn. Kasuma. Jabatan telah menggariskan agar semua sekolah menghantar penyata tahunan akaun masing2 selewat2nya pada hari Isnin iaitu pada 14 Mac 2011 untuk dipanjangkan ke Bahagian Audit Sekolah Beaufort, Sabah. Tapi jabatan juga berharap semua sekolah selesai menyiapkan PATSKOM masing2 pada 10 Mac petang iaitu sebaik saja bengkel berakhir.

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah menyiapkan PATSOM masing2 dan telah menghantar ke Unit Kewangan sebelum bengkel diadakan iaitu:

1. SK Pekan 2
2. SMK Pantai
3. SMK Taman Perumahan Bedaun

Terima kasih kepada Fasilatator yang sudi membantu jabatan dan semoga bantuan yang diberikan itu mampu memberi menfaat kepada semua rakan2 dan semoga ilmu yang diturunkan dengan ikhlas ini akan menjadi pahala yang akan mendapat balasan yang sewajarnya. Tidaklah rugi untuk kita berkongsi ilmu malah akan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada.

Syabas kepada semua peserta bengkel atas kepekaan anda dalam menyiapkan penyata tahunan ini kerana semua sedia maklum, kelewatan menghantar penyata ini akan menyebabkan sekolah anda mendapat Sijil Berteguran.

Alangkah baiknya jika di masa2 akan datang semua KPT dan PT dapat menyiapkan penyata tahunan Akaun Sekolah masing2 sebelum tempoh penghantaran tanpa perlu jabatan mengadakan Bengkel PATSKOM seperti ini, kerana adalah perkara mustahil (jika bengkel yang sama di adakan setiap tahun) anda gagal untuk menyiapkannya, kecualilah kalau KPT atau PT adalah lantikan baru dan belum pernah menyediakan penyata tahunan ini (PATSKOM).



No comments:

Post a Comment