Saturday, April 2, 2011

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) W.P. Labuan Kali Ke 22 - 02 April 2011



appertizer sebelum makan nasi

Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha (PUSPANITA)

Pagi tadi lebih kurang jam 8 pagi saya ke Grand Dorsett untuk menghadiri mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA bagi mewakili Jabatan Pelajaran W.P.Labuan. Hanya 4 orang saja dari JPWPLabuan yang hadir iaitu Pn. Maimoon, Cik Khaziyati, Pn. Rohana dan saya sendiri. Oleh kerana saya belum lagi menjadi ahli PUSPANITA maka saya diberi borang untuk terus menjadi ahli. Tujuan utama persatuan ini ialah lebih kepada sebagai sukarelawan untuk menyumbang bantuan atau tenaga kepada yang lebih memerlukan. Antara aktiviti2 yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 ialah

1. Majlis Bacaan Yaasin Awal Tahun
2. Aktiviti kraftangan dengan surat khabar - bagi tujuan kitar semula
3. Hari keluarga PUSPANITA - bagi tujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli dan keluarga
4. Lawatan isteri menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - sempena Sambutan Hari Wilayah
5. Penganjur acara sambutan Labuan International Sea Challenge (LISC) Tahun 2010.
6. Seminar 'Kesihatan Hari Ini Kebahagian Hari Esok' - bagi tujuan pendedahan mengenai kepentingan menjaga aspek kesihatan diri bagi menghindari daripada pelbagai penyakit.
7. Lawatan AJK ke Bandung.
8. Penyampaian Sumbangan - kepada warga Labuan yang kurang berkemampuan sempana Ramadhan.
9. Majlis Bacaan Yaasin - sempena peperiksaan untuk anak2 ahli PUSPANITA.
10. Rumah terbuka Aidilfitri.
11. Kejohanan Bola Jaring.
12. Kelas masakan.
13. Program gotong royong menanam pokok bunga.
14. Malam jasamu dikenang - untuk Pengerusi PUSPANITA Y. Bhg. Datin Noraini bt Idris ke Putrajaya.

Untuk Tahun 2011

Pengerusi - Pn. Hamidah bt Md Yatim
Timbalan Pengerusi - Pn. Siti Maznah bt Haji Awang Damit
Setiausaha - Pn. Jah Murniwaty bt Markum
P.Setiausaha - Pn. Maszanah bt Sazali
Bendahari - akan dipilih oleh AJK kemudian
P. Bendahari - Pn. Dgku Liha bt Mostapa
AJK Kecil :
Ybg Datin Dayang Pungut Abdul Jalil - surirumah
Pn. Mirani Majidi - Jabatan Kastam
Pn. Maimoon Matnoh - Jabatan Pelajaran
Pn. Nur Adlina Goh - MPL
Pn. Wahidah Abdullah - RML
Pn. Suzanah Md Saat - MPL

Yuran masuk untuk ahli biasa ialah:

Isteri pegawai dan wanita dalam kumpulan pengurusan tertinggi -
Yuran masuk = 20.00 Yuran Tahunan= 30.00

Isteri pegawai dan wanit dalam kumpulan pengurusan dan profesional -
Yuran masuk = 20.00 Yuran Tahunan = 16.00

Isteri pegawai dan pegawai wanit dalam kumpulan sokongan 1 (gred 17 - 26)
Yuran masuk = 10.00 Yuran tahunan = 10.00

Isteri pegawai dan pegawai wanita dalam kumpulan sokongan 11 (gred 1-16)
Yuran masuk = 2.00 Yuran Tahunan= 4.00

Keahlian seumur hiduap - 100.00.


Untuk kawan2 yang belum jadi ahli, saya syorkan jadilah ahli sebab mungkin banyak kebaikan yang kita akan dapat apabila menyertai persatuan ini. Bolehlah kita masukkan dalam LNPT kita sebagai aktiviti luar untuk tambah2 markah.

No comments:

Post a Comment