Friday, March 2, 2012

MESYUARAT LATIHAN PERSONEL - 2/3/2012

First time join mesyuarat ini. Unit Khidmat Pengurusan diamanahkan untuk menyelaras dan menganjurkan kursus PAP. Tanpa banyak soal saya terus buat check list;

1. Tempah tarikh yang sesuai
2. Tempat kursus nak dijalankan
3. Kenal pasti peserta (jangan ada yang tertinggal nanti ada yang merajuk pulak)
4. Bincang slot yang sesuai.
5. Sediakan surat panggilan kursus.
6. Tempah makan minum sepanjang tempoh kursus.
7. Cari penceramah yang sesuai dengan slot.
8. Sediakan peralatan.

Itulah dia senarai semak.....lebih kuranglah.....tak rumit sangat sebab buat di Labuan sahaja.

Kursus Pemantapan Pentadbiran & Perkhidmatan saya kena kendalikan 2 jam untuk tajuk Pengurusan Pejabat. Kursus ini dijangkan diadakan pada 18/4/2012. Kena fikir2 juga....kena cari Panduan dari internet atau pekeliling2 yang masih aktif. Cadang nak papar slide lebih kurang 1 jam dan bagi bengkel lebih kurang 1 jam.....ok kut nih.....harap2 peserta tak mengantuk sebab macam slot ini di sebelah petang.....nak suruh mereka nyanyi chicken dance tak sesuai pula (dalam hati). Apa2 sajalah......jangan mudah panik.....tarik nafas dan hembus perlahan2.

No comments:

Post a Comment