Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, August 31, 2012

MERDEKARAYA - 31 OGOS 2012

lebih kurang jam 9 malam semua soto sudah habis dan bolehlah duduk2 rehat....sambil menengok jiran sebelah yang menyediakan air diserbu oleh pelanggan mereka.........mungkin2 dah kepedasan makan soto daging.....sudah tentulah mereka cari air pulak........dalam kesibukan melayan pelanggan tak berkesempatanlah kami beraya di gerai2 lain.....mujur jiran terdekat ada menyediakan lontong, roti canai dan air.....dapatlah merasa sama.......


tengoklah pelanggan gerai kami pada malam itu....macam tak sabar2 lagi untuk merasa soto daging kami tu....mungkin juga mereka dah lapar sebab sejak petang dah mula berkumpul di dataran.....dan semoga mereka semua sudah selesai solat maghrib......

setia bertugas

Jabatan kami menyediakan lebih kurang 1000 soto daging dalam bekas plastik. Kalau makan satu bekas tu pun memang kenyang.....bertuah lah kalau berpeluang merasa soto daging jabatan kami pada malam itu....sedap dan muai.

Apa2 pun memang seronok menyambut merdekaraya tahun ini. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga jabatan (kerana sama2 turun padang menyediakan soto daging di Pusat Ko) sambil2 masak sambil2 makan dan sambil2 bergurau tanpa terasa jurang di antara pegawai dan kakitangan sokongan. Gotong royong menyediakan bahan dan gotong royong memasak, membasuh dan mengisi bahan soto ke dalam bekas plastik, menghias khemah, melayan pelanggan seolah2 jalinan hubungan itu macam adik beradik dalam keluarga yang besar. Semoga ukhuwah ini akan berterusan.......

No comments:

Post a Comment