Sunday, February 4, 2018

Harap2 tiada lagi birokrasi ....menyusahkan urusan bakal2 pesara....atau ada motif di balik langsir.....

Sepanjang tahun 2017 seronoknya mengurus dan memproses persaraan.....mudah dan menyenangkan...urusan dipermudahkan.....senangnya berurusan dengan kakitangan KWAP di Cyberjaya....amanah....berhemah....bertanggungjawab.....cepat dan sentiasa mempermudahkan urusan. Jika ada dokumen yang tak lengkap....tak cukup...tak betul...cepat2 durang kol agar dilengkapkan dan urusan pun guna emel saja....mudah dan memudahkan.....serasi dengan jiwa kita yang mengamalkan integriti tinggi sebagai penjawat awam......semua pesara tahun 2017 merasa puas hati dan seronok melalui fasa persaraan mereka kerana ini juga satu kebajikan kepada mereka iaitu memudahkan urusan mereka apatah lagi berkaitan dengan kewangan kerana mereka sudah bertahun2 menabur bakti kepada kerajaan....tibalah mereka bersara untuk berehat dan menikmati ganjaran dan rezeki yang ada.....
tapi tahun 2018 ini saya menjadi keliru.....kenapa ada perubahan?
Pulaknya punyalah susah berurusan....kol tak diangkat....kalau diangkat pun orang lain jawab...pegawai berkaitan takda ada urusan di tempat lain...kol lagi ada kursus pula....kol lagi ada mesyuarat pulak...kol lagi...kol lagi...kadang2 tu 1 hari 2 kali kol.....kadang2 tu langsung tak berangkat...terfikir2 juga...cuti umum kah ni?.....hai...naik baran pula dibuatnya....sekadar nak tanya pun dokumen yang dikuiri tu dah sampai kah belum? nak tau status saja sebab kita dah berusaha guna pos laju2...pos laju tak laju kah?....bila bakal pesara pergi berurusan sendiri banyak pula komen...dokumen tak lengkaplah....kalau betul tak lengkap kenapa tak kol minta dilengkapkan macam staf cyberjaya tu.....kol pun tak berangkat...perlu kah bakal pesara tu datang sendiri berurusan pasal persaraan mereka....kesiannya......dah lah orang tu tak sihat nak pencen awal disusah2kan pula...apa ni?....dokumen yang diproses sama saja macam kita buat untuk cyberjaya...on line dan hantar hard copy....kalau dah on line kenapa perlu lagi cari2 hard copy yang ada dalam on line tu...buka sajalah tengok...dah on line....ada dalam pekeliling semua urusan persaraan mulai tahun 2016 mesti on line...tkda manual dah....jadi mo letak mana tu pekeliling?
harap2 urusan persaraan dipermudahkan...jangan disusah2kan....jangan kisah dulu2 berulang....dua tiga bulan baru nak dapat pencen.....pesara tu belanja macamana?....kalau tahun lalu semua pesara menerima ganjaran mereka pada tarikh lahir mereka atau sekurang-kurangnya 21 hari tapi tak pernah pun 21 hari...dua tiga hari mereka kata....duit dah masuk ke akaun mereka...kita yang tolong proses ni pun senang hati....bukan ada apa2 balik langsir tapi seronok tengok pesara2 ni senang hati bila mereka bersara......dan kita pun puas hati dengan kerja kita......itu lah dia kepuasan bekerja bila kita mempermudahkan urusan orang lain....dan semoga urusan kita pun dipermudahkan.....

No comments:

Post a Comment