Monday, February 22, 2010

'Exit Conference' Naziran JAN - 22/02/2010

Pasukan Naziran JAN - Izwan, Dgku Liha dan Ruben (Ketua)


Jabatan Akauntan Negara (JAN) cawangan Labuan telah membuat naziran ke Jabatan Pelajaran Labuan selama 3 hari iaitu pada 8, 9 dan 10 Februari 2010. 20% daripada dokumen2 kewangan yang tercabut untuk tujuan naziran. Di antaranya waran peruntukan, baucar jurnal, baucar bayaran untuk bekalan, kerja dan perkhidmatan, baucar bagi tuntutan perjalanan, elaun lebih masa, gaji dan pelbagai bayaran elaun, waran penerbangan udara, penyata pemungut, panjar wang runcit dan pelbagi rekod2 kewangan berkaitan.
Setelah naziran dijalankan selama 3 hari itu, pelbagai penemuan yang biasa telah dijumpai. Apa-apa pun kesilapan2 kecil tersebut akan diperbaiki dari masa ke semasa. Pada keseluruhannya naziran ke atas dokumen kewangan JPNLabuan didapati baik dan boleh dibanggakan. Syabas! dan tahnniah kepada semua staf Unit Kewangan & Akaun.

No comments:

Post a Comment