Tuesday, February 23, 2010

Bengkel Pra Audit Penutupan Akaun Sekolah Tahun 2009 - 23 Hingga 25 Februari 2010





Unit Kewangan, Jabatan Pelajaran Labuan mengadakan Bengkel Pra Audit Penutupan Akaun Sekolah Bagi Tahun 2009 bermula hari ini 23 hingga 25 Februari 2010, bertempat di Bilik Komputer BTPN Labuan dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Peserta bengkel ini terdiri dari KPT dan PT yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan dan akaun bagi Akaun Kerajaan dan Akaun Suwa Sekolah. 90% peserta bengkel ini merupakan KPT dan PT yang memang sudah mahir dan cekap menggunakan perisian PATSKOM (Penyata Akaun Tahunan Sekolah Berkomputer). Tahun ini perisian PATSKOM merupakan versi baru iaitu versi 3.0. Tujuan bengkel ini diadakan ialah bagi mengelakkan sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran. Penyata Akaun Tahun 2008 merupakan rekod pertama dalam sejarah sekolah2 di Labuan dimana kesemua sekolah mendapat Sijil Tanpa Teguran (4 Sekolah Menengah Sijil Tanpa Teguran BAIK dan 20 buah sekolah lagi mendapat Sijil Tanpa Teguran MEMUASKAN). Tercapailah hasrat Pengarah kita agar semua sekolah mendapat Sijil Tanpa Teguran. Pencapaian ini terlaksana ialah kerana:

1. Komitmen KPT dan PT meningkat.
2. Pengawasan berterusan dari pentadbir (Pengetua dan Guru Besar).
3. Bentuk atau cara pengauditan yang telah diubahsuai mengikut keadaan semasa.
4. Pemantauan dan kerjasama dari pihak Jabatan Pelajaran berterusan.
5. Mesyuarat prestasi perbelanjaan bersama sekolah setiap bulan berkesan.

Untuk itu pihak jabatan berharap pencapaian akan lebih baik lagi untuk Tahun 2009 iaitu semua Sekolah Menengah dan Rendah boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran BAIK atau TERBAIK. Tahniah kepada semua KPT dan PT yang telah bertungkus lumus meningkatkan nama sekolah masing2 dan seterusnya mengharumkan nama Jabatan Pelajaran Labuan di mata KPM. Tak kiralah apa cara anda buat untuk mencapai kecemerlangan, janji semua yang dilakukan itu mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Ingatlah pesan Ketua Audit Negara - BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL. (maknanya, betulkan apa yang kita biasa buat (tetapi menyalahi peraturan) dan biasakanlah melakukan perkara yang betul dan tidak menyalahi peraturan).

No comments:

Post a Comment