Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, December 9, 2011

KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK AKAS JABATAN MENUTUP TIRAI BAGI KURSUS TAHUN 2011 - 9 DISEMBER 2011

Hari ini adalah kursus terakhir dianjurkan oleh ULK untuk staf JPWPL. Kursus Bahasa Inggeris oleh Cik Suriani Oxley. Seronok belajar balik asas penggunaan BI. Bagi saya ini adalah sebagai refresh setelah begitu lama meninggalkan bangku sekolah. Oleh kerana saya belajar di aliran Inggeris maka pengajaran ini mengingatkan saya kembali di zaman remaja semasa saya dalam Form One.

Cik Suriani kata ini adalah belajar cara the best handphone.... saya pun baru tau istilah ini. Kalau daulu2 tak ada pun cara begini di ajar. Semakin pandai manusia dan semakin canggih pula cara pengajaran mereka sesuai dengan teknologi semasa. Kalau dulu mana ada handphone....

Singular, plural, present tense, past tense, verb, adjectives, pronouns dan at the end of the day setiap peserta kena bercakap dalam Bahasa Inggeris berdasarkan soalan yang diberikan. Nampaknya semua peserta boleh berbahasa Inggeris. Seperti apa yang dikatakan oleh cik suriani...daripada bayi lagi kita sudah mendengar bahasa yang digunakan oleh ibubapa kita. Apa yang kita dengar itu maka itulah yang keluar dari mulut kita. Mungkin kalau ibubapa kita bercakap dalam bahasa inggeris semasa kita kecil nescaya kita akan terus berbahasa inggeris sepanjang hayat. Walau bagaimana pun tak apalah....kita patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita boleh menulis dan faham Bahasa Inggeris.


1 comment:

  1. Assalamualaikum...Saya adalah kawan lama kepada cikgu suriani oxley...dah sgt lama saya mencarinya... blh tak sampaikan salam saya buatnya.... bgtau dia saya adalah Murad dari kumpulan VISA...saya sertakan contact number saya utk disampaikan pada beliau 012-956 8001...dan akaun fb saya Murad Galeri..tksh atas jasa baik cikgu

    ReplyDelete