Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Monday, December 5, 2011

PERSIDANGAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN JABATAN PELAJARAN W.P.LABUAN - 6-7 DISEMBER 2011.

Persidangan Anggota Kumpulan Sokongan Jabatan Pelajaran W.P.Labuan Tahun 2011 dianjurkan oleh SKPP. Peserta persidangan kali ini terdiri dari kumpulan sokongan dari pelbagai gred jawatan. Seramai 116 orang telah ditawarkan untuk menyertai persidangan ini. Persidangan diadakan di Bilik Seminar Rafflesia Ujana Kewangan.

Pengisian bermula dengan ceramah oleh Bank Muamalat Labuan dengan tajuk Permohonan Pembiayaan Peribadi, diikuti oleh En. Zeno tentang Pengurus Kewangan dan seterusnya oleh En. Samsudin Yalla dengan tajuk popularnya Keselamatan ICT. Ceramah diteruskan lagi oleh Hj Minggu Amat kaunselor SMK Mutiara dengan tajuk Komunikasi dan Perilaku Kakitangan Awam. Ybg Pengarah pula menutup tirai dengan ceramah popularnya Integriti.

Disebelah petang, sesi pembentang usul oleh semua perwakilan persidangan.

Pada 7 Disember 2011 acara bermula dengan permainan berkumpulan. Antara permainan yang sempat kami fikir2kan ialah;

1. Mencari pelbagai gambar (pusat2 pelancongan, makanan, kebudayaan, orang kenamaan) dalam surat khabar.
2. Membina perkataan dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 30 perkataan perlu dihasilkan untuk perkataan ASSEMBLYWOMEN.
3. Word Puzzle.
4. Menyepit guli dengan chopstick.
5. Melakonkan cerita dalam gambar.
6. Passing story dan orang yang terakhir akan menceritakan kisah tersebut dalam bentuk lukisan.
7. Mencari nombor 1-15 dengan menggunakan kaki.

Petang - sesi dialog bersama ahli panel yang terdiri dari Pengarah, KS SPM, KU K&A, KU Aset.

Banyak hadiah disediakan. Peruntukan diperolehi dari kutipan daripada peserta dan sponsor dari bank Muamalat.

Hadiah2 yang sediakan;

1. Door gift untuk semua peserta - key chain yang tertulis 'Persidangan AKS 2011' dan kalendar 2012.
2. 5 hadiah untuk kumpulan terbaik.
3. 3 hadiah untuk kumpulan yang terpantas.
4. Peserta terbaik dalam lakonan.
5. Cenderamata untuk penceramah dan 4 ahli panel.
6. Pelbagai hadiah akan diberikan kepada peserta dan urus setia jika peruntukan mencukupi.
Persidangan kali ini bakal mengembirakan semua peserta yang hadir. Permainan berkumpulan yang menyeronokkan disamping hadiah2 yang menarik untuk dibawa pulang.

Tak sabar rasanya nak melihat acara persidangan yang kita urus setiakan sendiri.

Semoga persidangan kali ini lebih meriah, seronok dan meninggalkan kenangan yang indah kepada semua peserta, urus setia, penceramah dan ahli panel. Insyaallah........

No comments:

Post a Comment