Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Monday, December 5, 2011

KURSUS FAIL MEJA - NOVOTEL HOTEL IBORNEO KOTA KINABALU (1-3 DISEMBER 2011)

Kursus Fail Meja berterusan untuk JPWPLabuan. Kurus dan bengkel ini dianjurkan bersama oleh SJK, SPM dan SPsK. Setelah mendengar ceramah daripada INTAN Sabah tentang penyediaan FM, susunatur, panduan dan penjelasan maka mungkin selepasa ini akan adalah FM yang lebih baik dan mengikut peraturan yang betul seperti yang jelaskan oleh PKPA Bil 8 Tahun 1991. Setelah 20 tahun pekeliling ini dikeluarkan barulah nampak keindahan FM itu sendiri. Bagaimana ianya sangat2 membantu kepada staf baru.

Semasa saya bertugas di UKA, FM untuk tugas2 di UKA memang telah siap dan lengkap, tetapi mungkin hanya perlu sedikit pemurnian. Apabila saya dipindah ke UKP, saya kena buat semula FM yang baru berdasarkan senarai tugas saya di UKP. Tidak ada FM di UKP menyambut kehadiran saya di situ, jadinya terpaksa dengan rela saya mengatur semula FM mengikut senarai tugas yang diberikan kepada saya. Fahamlah saya betapa pentingnya FM itu diwujudkan seiring dengan jawatan yang wujud untuk memudahkan semua penjawat awam menjalankan tugas harian. Mungkin selepas ini JPWPL akan muncul sebagai salah satu organisasi yang mantap dan mematuhi pekeliling2 yang sedang berkuatkuasa.

Tahniah kepada Pengarah dan krew2nya yang sangat prihatin dan mempunyai sifat tanggungjawab yang sangat tinggi.

No comments:

Post a Comment