Thursday, December 16, 2010

Menyambut kedatangan Pengarah yang baru balik dari menunaikan Haji - 02 Disember 2010



Tuan Haji Mohd Zaki b. Mohd Yusof dan isteri Pn. Hjh Noraini selamat kembali ke Labuan selepas menunaikan Fardhu Haji (Rukun Islam yang kelima). Pesan mantan Pengarah...kalau nak pi Haji biarlah ketika umur masih muda sebabnya di Tanah Suci menuntut kekuatan fizikal dan mental. Lagi pun kalau di usia muda metabolisme masih kuat dan daya ketahanan badan juga kuat berbanding kalau usia sudah meningkat tua penyakit pun macam2 apa tah lagi kalau penyakit 3 serangkai sudah menyerang. Anyway....apa yang dipesan oleh mantan Pengarah itu memang betul sebab saya sendiri melihat bagaimana keadaan orang2 tua yang sudah uzur terpaksa menjaga diri sendiri ketika berada di Mina (tempat melontar jamrah), sebabnya bila sudah berada di situ jemaah masing2 dengan tugas masing2 dan tujuan ke situ ialah untuk menyempurnakan ibadat haji untuk diri sendiri dulu. Tapi kalau ALLAH beri kita rezeki dan kalau amalan kita baik semasa di Tanah Air Insyaallah semua ibadat yang akan kita laksanakan di sana semuanya mudah tanpa menghadapi masalah. Oleh itu persiapan kita ke sana bukan saja wang perbelanjaan tapi persediaan dari segi ilmu dan amalan kita di Tanah Air juga sangat2 dituntut. Kalau akhlak kita baik di sini maka Insyaallah akan baik juga yang kita lalui di sana. Semoga saya dapat lagi ke sana kerana jauh di lubuk hati, saya tetap merindui Madinah dan Mekah.

No comments:

Post a Comment