Tuesday, January 18, 2011

Unit Kewangan & Akaun sebagai rintis untuk memulakan 5S

Unit Kewangan & Akaun telah diamanahkan untuk menjadi rintis bagi memulakan 5S di JP WPLabuan. Unit kewangan & Akaun merupakan unit yang paling ramai staf di SKPP, di samping Ketua Unit En. Zeno dan Penolong Akauntan Cik Sharimah adalah kakitangan yang berpengalaman mengenai 5S ini. En. Zeno pernah bertugas di JAN Selangor dan Cik Sharimah pula pernah bertugas di JPA Putrajaya di mana jabatan2 tersebut telah mengamalkan 5S lebih awal. Dengan kekuatan ini maka Unit Kewangan & Akaun diberi kepercayaan untuk mewujudkan program 5S di JPWPLabuan. Selain itu Pn. Rohana (Unit Perkhidmatan) juga adalah berpengalaman dengan program ini di mana ianya adalah ketua bagi program 5S semasa beliau bertugas di Perbendaharaan Malaysia Sabah. Jika pegawai2 ini dikumpul dan diberi kepercayaan untuk melaksanakan 5S, Insyaallah Jabatan Pelajaran Labuan akan lebih cemerlang dalam pengurusan pejabat.

5S itu ialah:

Seiri - Sisih - Sort

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Seiton - Susun - Set in order

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Seiso - Sapu - Sweep

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seiketsu - Seragam - Standardize

memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Shitsuke - Sentiasa amal - sustain culture

Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment