Thursday, January 20, 2011

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH KE SK LUBOK TEMIANG - 20.1.2011

Pn. Kasuma Binti Sapar - KPT SK Lubok Temiang


Mohd Salekhan, Sharimah dan Zeno


Petang tadi jam 2.30 petang Unit Kewangan & Akaun diketuai oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman telah membuat pemantauan Akaun Sekolah tahun 2010 ke SK Lubok Temiang. Ini berikutan sekolah ini telah dicalonkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Tujuan kami ke sekolah ini adalah membantu menyemak dokumen2 kewangan kerana pada 24 Januari 2011 pasukan Audit Sekolah daripada Beaufort akan datang ke sekolah ini untuk membuat pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2010. Syabas kepada KPT yang baru 1 tahun bertugas di sekolah ini iaitu Pn. Kasuma Binti Sapar kerana berjaya mengemaskini dokumen2 kewangan Tahun 2010 walaupun belum siap sepenuhnya. Dengan pengalaman dan inisiatif beliau dalam mengurus kewangan di sekolah ini, Insyaallah pengurusan kewangan sekolah akan lebih cemerlang seiring dengan prestasi tinggi akademik yang telah dicapai oleh sekolah ini.

No comments:

Post a Comment