Friday, May 20, 2011

BENGKEL DAN MESYUARAT DATA EMOLUMEN SEBENAR TAHUN 2011-2012 BERSAMA BAHAGIAN KEWANGAN/BPSM, KPM DI DYNASTY HOTEL , KL PADA 18-20 MEI 2011


Pembentang terakhir dari JPN Sabah

Pembentang pertama dari JPN Labuan



JPN Sarawak

JPN Kelantan, JPN Sabah dan JPN Trengganu

Pada 18-20 Mei 2011 bertolaklah kami (en. zeno, sharimah, azila dan saya )ke KL., menghadiri bengkel dan mesyuarat data emolumen sebenar tahun 2011-2012 di Hotel Dynasty KL anjuran Bahagian Kewangan, KPM dan dijemput bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Emolumen bagi Tahun 2011 dan 2012 dikehendaki oleh Bahagian Kewangan, KPM untuk dihitung dengan tepat mengikut waran perjawatan yang dikeluarkan oleh BPSM, KPM. Semua JPN Negeri telah mengemaskini emolumen mengikut waran perjawatan yang diterima. Anehnya...perjawatan yang diterima oleh JPN Labuan ialah 1477 tetapi mengikut rekod BPSM ialah 1480. Apabila saya menghubungi pegawai data jabatan Cg Cheng, beliau memaklumkan bahawa beliau baru menerima sub waran perjawatan yang terkini iaitu untuk Rendah sahaja jumlah perjawatan ialah 708 berbanding yang kami ada ialah 671. Dan apabila beberapa buah JPN lagi membuat pembentangan jumlah perjawatan di JPN masing2 juga jauh berbeza dengan rekod BPSM, KPM. Nampaknya BPSM tidak membawa rekod yang terkini ke majlis bengkel & mesyuarat pada hari ini. Semua negeri diminta mengemaskini emolumen mengikut perjawatan sebenar dan perlu dihantar ke Bahagian Kewangan KPM pada atau sebelum 25 Mei 2011.

No comments:

Post a Comment