Tuesday, July 12, 2011

Exit Conference bersama Bahagian Audit Sekolah, KPM - 8 Julai 2011



Cik Sharimah sedang mengajukan soalan kepada TSUB berkaitan penyenggaraan Akaun Sekolah

SUB Bhg Audit Sekolah - en. Rezuoi Abdullah

Timbalan SUB En Aziz Che Daud sedang membentangkan dapatan audit.




Ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah (Operasi) en. Omar Baki Matusin


Pada 8 Julai 2011 jam 8.30 pagi 'exit conference' bersama Bahagian Audit Sekolah (BAS), KPM telah diadakan diBilik Bunga Raya, Tingkat 8, Ujana Kewangan. Semua Pengetua, Guru Besar, KPT, PT, Unit Pra Sekolah, Rendah dan Menengah dijemput hadir untuk sama2 mendengar dapatan audit atau penemuan2 selama 4 hari bersama 26 sekolah termasuk Sains dan Teknik.

Exit Conference dipengerusikan oleh SUB BAS iaitu Encik Rezuoi Abdullah. Antara ucapan beliau ialah mengenai pengurusan kewangan yang seharusnya diutamakan kerana kecemerlangan sesebuah sekolah dan seseorang pengetua atau guru besar itu jika pengurusan kewangan dan akaun diselanggara dengan baik. Ada sekolah yang sangat baik dari segi prestasi P&P tetapi mendapat audit berteguran menyebabkan sekolah gagal dalam pencalonan new deal. Apabila dirujuk kepada bahagian Latihan, difahamkan semua Pengetua dan Guru Besar telah pun diberi latihan dan kursus pengurusan kewangan sama ada dalaman atau di IAB.

Timbalan SUB pula En. Aziz Che Daud membentangkan penemuan audit sepanjang pengauditan dijalankan pada 4-7 Julai 2011. Penemuan2 seperti tahun2 lalu dan nampaknya kesilapan berulang. Terdapat sekolah yang gagal mmenunjukkan dokumen sokongan dan tidak dapat di audit sepenuhnya. Sekolah yang berkenaan diminta untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan selewat2nya 2 minggu kerana Sijil Audit akan dikeluarkan selewat2nya 2 minggu dari tarikh exit conference.

Beberapa orang pengetua, guru besar, KPT, PT yang mengemukakan soalan2 berkaitan pengurusan akaun sekolah dan ada juga mereka menyatakan rasa terkilan mengapa terdapat perbezaan pengauditan di antara auditor dari Beaufort, Kota Kinabalu dan KPM sendiri. Kadang2 Pengetua, Guru Besar dan KPT/PT rasa terganggu dan serba salah kerana apabila ditegur oleh audit beaufort tapi tidak pula ditegur oleh audit KK. Auditor dari KPM pulak membawa cadangan baru kepada akaun sekolah yang telah berlalu dan ini memeningkan kepala yang menyediakan akaun. Oleh kerana kekeliruan ini maka mereka mencadangkan agar auditor hendaklah dari tempat yang sama selama tiga tahun berturut2.

No comments:

Post a Comment