Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Monday, September 19, 2011

HARI RAYA INTERGRASI 1 MALAYSIA JABATAN PELAJARAN WPLABUAN - 18 SEPTEMBER 2011



Kad Raya paling kreatif dimenangi oleh Pusat Kokurikulum bagi kategori Unit

Kad Raya paling kreatif dimenangi oleh Sektor Pengurusan Akademik bagi kategori sektor.






pelbagai juadah terhidang

Senator Datuk Hj Yunus dan Cikgu Mohd Yunus Kadir (SPS)

Senator Datuk Hj Yunus bin Hj Kurus dan isteri Datin Hjh Dayang Pungut Abd Jalil
tetamu kehormat pada Hari Raya Intergrasi JPWPLabuan.

tetamu VIP

mendadih
gotong royong memotong daging

kolupis yang siap dibungkus untuk direbus


Kemeriahan menyambut Hari Raya Intergrasi bagi Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan L:abuan mula dirasai sejak warga pendidik mula bergotong royong menyiapkan juadah dan menyediakan tempat. Setiap sekolah dan staf jabatan telah diberikan tugas masing-masing dalam menjayakan persediaan Hari Raya ini. Pegawai2 di jabatan telah mengetuai dalam acara masak memasak iaitu En. Omar Baki KS SPS menjadi chef memasak daging pindang, Hj Salamat Ku Hem chef bagi daging dan ayam masak rendang, nasi kebuli oleh Pn Maimoon KS SPA, guru2 dan kakitangan sekolah dan jabatan turut membantu dalam penyediaan juadah2 yang lain serta persiapan meja dan kerusi. Nampaknya tahun ini majlis Hari Raya mendapat sambutan dan kunjungan tetamu mulai 10.00 pagi hingga tamat lebih kurang jam 2 petang tidak henti2. Semoga tahun depan majlis Hari Raya terbuka jabatan akan lebih meriah lagi dan diharap guru2 dan kakitangan sekolah serta jabatan tidak ada yang terkecuali dan sama2 turun menyemarakkan lagi majlis ini. Kita jemput makan free bah......

No comments:

Post a Comment