Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Thursday, September 22, 2011

RUMAH TERBUKA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN - 19 SEPTEMBER 2011s



Si Ampal (Abu Bakar Elah) sedang menghiburkan pengunjung Rumah Terbuka

Sambutan Hari Raya Terbuka Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah dirasmikan oleh Dato' Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan. Pelbagai juadah disediakan. Orang ramai telah mula datang sekitar jam 9.00 pagi. Jam 11.00 pagi staf Unit Kewangan mula bergerak menuju ke Labuan Walk untuk sama2 memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Labuan sambil ingin menikmati hidangan yang disediakan. Apabila sampai kami mula mencari2 di mana makanan yang sesuai untuk tekak. Kami ke gerai satay, tetap alangkah ramainya orang sedang berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan satay. Beberapa minit menunggu dapatlah makan secucuk satay ayam. Kami ke gerai sebelah lagi dengan harapan dapat menikmati mee goreng yang disediakan oleh tukang masak dari Grand Dorsett......tetapi terpaksa menunggu beberapa minit lagi untuk dapat menikmati mee goreng. Beginilah rupanya rumah terbuka untuk peringkat negeri.....makan free untuk semua rakyat.....bukannya mudah untuk mendapatkan makanan.....ingatkan sudah terhidang macam konsep rumah terbuka yang kita amalkan. Apabila melihat telatah orang ramai yang berkunjung.......mereka masing-masing siap membawa container untuk 'menapau makanan' hingga penuh beberapa bag plastik.....tidak hairanlah kalau makanan yang banyak tak cukup untuk semua orang.......Mungkin mereka membawa makanan itu untuk keluarga di rumah......hai hai hai rupanya inilah dia yang dinamakan Rumah Terbuka.......Akan datang mungkin kita akan berkunjung lagi tetapi kena datang awal.......

No comments:

Post a Comment