Friday, February 3, 2012

MESYUARAT MPT BIL 4/2012 - 3/2/2012

MPT Bil 4/2012 tanpa kehadiran Timbalan Pengarah Dasar. Pengarah tidak akan melantik Timbalan Pengarah Dasar memadailah Timbalan Pengarah sahaja iaitu OBM.

Banyak penambahbaikan untuk Tahun 2012, antaranya

- mengadakan Hari Inovasi
- persijilan Amalan 5S
- Merapatkan hubungan dengan kakitangan bawahan dengan mengadakan Hari Keluarga
- JPWPL akan menyertai pertandingan perarakan Maulidurrasul pada 5 Feb 2012 dengan lelaki memakai sepasang baju melayu biru berkopiah putih dan bersamping kehitaman. Wanita pula memakai sepanjang baju kurung biru bertudung putih dan berkasut hitam. Semoga kedua kategori iaitu sepanduk dan keseragaman perbarisan akan mendapat anugerah Insyaallah.

Pengumuman Majlis Pernikahan en Samsuddin dengan Liliseah pada 11 Februari 2012 di Masjid Annur W.P.Labuan dan majlis di rumah pengantin perempuan di K.Penyu pada 18 Feb 2012.
Pengumuman Majlis Perkahwinan Jcalso (PT SPS) pada 19 Feb 2012.

Makluman - Pn. Ma GB SJK ChungHwa diserang strok dan kini dirawat di SMC KK menunggu untuk pembedahan.
Makluman - En. AgKalong GB SK bebuloh masih dirawat di Hospital Labuan sejak bulan Disember 2011.

Tahniah kepada En. Samsuddin & Liliseah semoga berbahagia menjalani hidup baru sebagai suami isteri. Dan tahniah juga kepada Jcalso kerana menamatkan zaman bujang.

Kepada Pn. Ma dan Cg AgKalong semoga cepat sembuh dan bersabar banyak2, ini adalah dugaan dan ingatlah semua yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Ingatan kepada semua agar menjaga kesihatan masing2 dan elakkan stress kerana punca utama penyakit ialah stress.

No comments:

Post a Comment