Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Tuesday, December 15, 2009

Kursus ESQ pada 11-13 Disember 2009


Saya mengikuti kursus ESQ ini atas tajaan Pusat Zakat Sabah (untuk orang2 Mualaf). Thankyou Pusat Zakat Sabah atas prihatin dengan habitat seperti kami ini. Sepanjang mengikuti kursus ini, saya dapat merasakan kesegaran dalam diri saya meneruskan kehidupan seterusnya. Apa tidaknya...bermula dari mengenal kejadian alam semesta ciptaan Tuhan, Rasul utusan dan juga mengingatkan kelalaian kita selama ini terhadap Allah Yang Satu. Alhamdulllilah..saya sangat bersyukur kerana tersenarai dalam kursus ini  dan thank you to my dear sister Syumaimah Wong Abdullah kerana diberi hidayah oleh Allah untuk mendaftarkan nama saya sebagai penerima tajaan Pusat Zakat Sabah. Selepas ini saya dibolehkan masuk percuma dalam kursus akan datang kerana sudah menjadi Alumni. Penceramah2 yang tampan dan sangat berbakat berjaya mencairkan hati2 yang keras, dingin dan beku untuk mengingati Allah dan  Rasul dengan linangan airmata kesedaran dan keinsafan malah ada juga ibu2 dan bapa2 tanpa segan silu menangis dengan kuat bagi meluahkan perasaan kesal kerana telah banyak meninggalkan suruhan Allah.

No comments:

Post a Comment