Sunday, January 31, 2010

Masih teringat dengan PKS kita - Tetap manis dalam kenangan

Berdiri di belakang: Linda, Salha, Anderah, Irda, Elsie

Duduk: me dan Isnia (dah tukar pi Unit Perkhidmatan)

PKS (Pekerja Khidmat Singkat) disebut begitu sebabnya mereka hanya bertugas dalam tempoh 6 bulan sahaja dan jika masih diperlukan maka pelantikan mereka disambung lagi selama 6 bulan dan begitulah seterusnya. Oleh kerana pengisian jawatan sudah diisi di jabatan dan khidmat mereka telah diganti oleh PT tetap maka pelantikan mereka pun ditamatkan. Sejak tahun 2002 Jabatan Pelajaran melantik PKS hinggalah tahun 2009, khidmat dan kerja2 mereka ini lebih baik dari penjawat yang tetap itu sendiri. Pengalaman kita bekerja dengan PKS ni, mereka sangat patuh dan sentiasa bekerjasama, tanpa engkar apabila tenaga mereka diperlukan.PKS ni sepatutnya masa bekerja mereka ialah 5 jam sehari tetapi mereka sanggup bekerja sehingga petang dan jika diperlukan mereka juga bertugas sempai ke malam. Berbanding dengan penjawat tetap, bila diminta 'stay back' sebab ada kerja2 yang segera, berbagai alasan mereka berikan walaupun diberi elaun OT. Itulah dia PKS, tetapi saya tak pasti pula kalau mereka dah jadi penjawat tetap boleh merubah keadaan itu. Saya harap PKS 2 yang dah berjaya mendapat kerja tetap tu, please! buatlah yang lebih baik atau sebaik masa kamu jadi PKS dulu.Tahniah! kepada mereka2 yang dah kerja tetap dan kepada mereka yang belum mendapat kerja tetap tu, bersabarlah Insyaallah, ALLAH akan berikan kamu rezeki yang lain.

No comments:

Post a Comment