Wednesday, May 5, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SMK PANTAI 05 MEI 2010 JAM 2.30 - 4.45 PETANG





Petang jam 2.30 petang kami teruskan lagi pemantauan ke SMK Pantai. KS kami En. Salekhan meluangkan masa bersama kami dalam pemantauan kali ini. Cik Hamidah turut membantu membuat penyemakan.KPT dan PT juga sudah bersedia dengan kedatangan kami dan semua dokumen kewangan yang perlu kami semak sudah dihantar ke Bilik Mesyuarat. Cantik tersusun dan dengan mudah kami membuat penyemakan. Sekolah ini pernah mendapat Johan bagi anugerah pengurusan kewangan disamping mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik. Setelah disemak secara terperinci masih terdapat dokumen2 kewangan yang belum dikemaskini sepenuhnya. Seperti sekolah2 yang kami lawati sebelum ini, sekolah ini juga Insyaallah mampu mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik jika ada usaha yang lebih dan juga ada semangat kerja berpasukan.

No comments:

Post a Comment