Thursday, May 6, 2010

PEMANTAUAN ULANGAN PERTAMA AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 KE SK RANCHA-RANCHA, SK PATAU-PATAU DAN SK TANJUNG ARU - 06 MEI 20910

Pastikan....semua dokumen ini disiapkan dan esok kami datang lagi - PAK Sharimah
Ok Cik ... - Iwan

staf Unit Kewangan yang mesra audit

PT SK Tanjung Aru nampaknya sudah bersedia...Tahniah

KS dan Ketua Unit yang prihatin

PT SK Patau2 sanggup berkorban masa di hujung minggu untuk menyiapkan semua dokumen yang dikehendaki pihak audit.

Setelah laporan pemantauan dibuat untuk semua sekolah2 maka KS SKPP En Mohd Salekhan mencadangkan pemantauan ulangan ke sekolah2 yang belum bersedia sepenuhnya dengan pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2009 ini. Top on the list ialah SK Rancha2, SK Patau2, SK Tanjung Aru, SK Kerupang dan SK Sungai Lada. Hari ini KS, Pn. Marcella, Ashabul dan Kak Ti ke SK Rancha2, SK Patau dan SK Tanjung Aru. Nampaknya PT SK Rancha2 belum bersedia dan masih banyak lagi dokumen2 kewangan tidak dikemaskini. Walaupun kerja2 ini remeh temeh saja tapi PT masih terleka dan menganggap masa pengauditan masih jauh lagi. SK Patau2 pula lebih bertenaga dan banyak juga dokumen2 yang diperlukan audit telah siap dikemaskini. Sedikit lalai dan kurang sistematik maka masih banyak dokumen2 yang perlu dikemaskini dengan rapi. PT dan PAP SK Tanjung Aru mengemaskini semua dokumen kewangan bersama-sama. Tahniah. Banyak dokumen2 telah selesai dikemaskini dan beberapa dokumen lagi perlu dikemas dengan rapi dan beberapa dokumen belum ditandatangan oleh Guru Besar. Walau bagaimana pun pengurusan kewangan SK Tanjung Aru dan SK Patau2 tidak mustahil akan mendapat Sijil Tanpa Teguran BAIK jika usaha mereka ini berterusan. Bagi SK Rancha2 pula, sekiranya PT mempunyai sedikit kesedaran dan mengubah sikap yang lalai kepada tekun dan rajin, Insyaallah sekurang2nya masih boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran MEMUASKAN tetapi kalau berjaya mendapat Sijil Teguran BAIK, ini merupakan satu bonus kepada kumpulan pemantau yang terdiri dari Jabatan dan Sekolah.

No comments:

Post a Comment