Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Wednesday, May 5, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SMK LAJAU - 05 MEI 2010 JAM 4.50 - 6.30 PETANG





Lebih kurang jam 4.50 petang kami meneruskan pemantauan kami ke SMK Lajau. Jika kami tangguh2 lagi perjalanan kami ini, rasanya tidak tercapailah misi kami untuk menghabiskan pemantauan ke semua sekolah hari ini. Walau pun masa balik pejabat sudah tiba, PT dan Pengetua tetap setia menunggu kedatangan kami dan bersedia dengan dokumen2 kewangan untuk disemak. Banyaklah juga dapatan2 yang kami temui setelah membuat penyemakan dan telah memaklumkan kepada PT dan Pengetua agar semua dokumen2 dikemaskini secara terperinci jika ingin meningkatkan kecemerlangan terdahulu. Sekolah ini pernah mendapat Johan dalam anugerah pengurusan kewangan dan mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik bagi Akaun Sekolah Tahun 2009. Semangat Pengetua dan hasrat untuk meningkatkan prestasi baik kepada sangat baik amat kami kagumi walaupun ternyata sekolah ini sangat kekurangan staf. Hanya seorang PT yang bertungkus lumus mengemaskini semua dokumen kewangan sekolah. Insyaallah, jika sanggup berusaha lebih tanpa mengira masa kami rasa sekolah ini juga mampu untuk mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik.

No comments:

Post a Comment