Tuesday, June 21, 2011

Kursus Excell anjuran SPM di BTPN pada 21 Jun 2011.

Ucapan penghargaan kepada Penceramah dan peserta yang hadir oleh En. Faizal Karim PPT Unit Latihan dan Kompetensi JPWPLabuan.


Penceramah Kursus En. Alex sedia berkongsi ilmu dengan peserta


Selepas perjumpaan dengan Puan Pengarah peserta Kursus Excell bergegas ke BTPN untuk menyertai kursus yang tidak kurang pentingnya ini. Seronok belajar excell, walaupun kami di Unit Kewangan lebih banyak menggunakan excell tapi nampaknya banyak benda baru yang dapat saya pelajari terutama sekali bab2 vlookup. Penyampaian cikgu Alex tentang penggunaan Vlookup ini cukup jelas dan mudah difahami. Seronok mengikuti kursus excell ini. Kalau ada untuk kursus pertengahan saya harap SPM akan menyenaraikan nama saya lagi sebagai peserta. Walaupun saya sudah tergolong sebagai pekerja yang veteren tetapi syukur, saya masih boleh bersaing dengan orang2 muda dari segi kecekapan menangkap apa yang diajar. Saya harap saya mampu mengingat selama mungkin apa yang telah saya pelajari. Saya akan membuat latihan sendiri dan cuba mempraktikkan aplikasi ini dalam menyediakan bajet.

Tahniah kepada SPM dan terima kasih kepada cikgu Alex. Semoga ilmu yang dikongsi akan mendapat ganjaran sewajarnya.

No comments:

Post a Comment