Tuesday, June 21, 2011

SKPP bersama Pengarah

Seawal jam 8.00 pagi kami sudah memenuhi ruang bilik mesyuarat. Puan Pengarah ingin membuat satu sesi perjumpaan dengan staf SKPP pada jam 8.15 pagi - 21 Jun 2011, begitulah bunyi SMS yang kami terima dari info blast.

Tepat jam 81.5 pagi Puan Pengarah pun masuk bersama Timbalan2nya En. Ismail dan En. Omar Baki. Tanpa melengah2kan masa Puan Pengarah terus kepada subjek yang akan disampaikannya iaitu memaklumkan kepada semua staf SKPP bahawa oleh kerana jawatan KS SKPP masih belum diisi dari 1/5/1011 sehingga sekarang maka En. Sahbudin KU Pembangunan dilantik untuk menjalankan tugas KS SKPP sehingga jawatan hakiki diisi. Pengumuman Pengarah disambut dengan tepukan gemuruh dari semua staf SKPP dan yang paling kuat adalah tepukan dari Unit Pembangunan. Masing2 En. Ismail dan En. Omar Baki mengucapkan tahniah atas lantikan En. Sahbudin dan berharap semua staf SKPP akan memberi kerjasama. En. Sahbudin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Puan Pengarah dan krew2 untuk beliau menjalankan tugas KS SKPP.

Tahniah cikgu Sahbudin....all the best to you......

No comments:

Post a Comment