Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Tuesday, June 21, 2011

Pemantauan yang belum selesai........

bersama Guru Besar SK Kerupang


Selepas membuat pemantauan ke SK Pantai, kumpulan 3 meneruskan lagi pemantauan ke SK Pekan 1 (23 Mei 2011), ke SK Layangan (26 Mei 2011), ke SK Kerupang (10 Jun 2011) dan ke SMK Lajau pada 16 Jun 2011 yang lalu.

Apabila kita berpeluang membuat pemantauan Akaun Sekolah ke sekolah2 yang tersebut, banyak pengalaman dan maklumat yang kita temui dan ini memberi kesedaran dan pengajaran kepada kita bahawa adalah menjadi kewajipan bagi kita semua sebagai penjawat awam memiliki sikap yang jujur, amanah, ikhlas, prihatin, peka, bertanggungjawab dan juga memiliki sifat2 rajin, tekun dan cekap dalam menjalankan tugas2 yang telah diamanahkan kepada kita. Saya tidaklah ingin mengulas tentang sikap dan sifat tetapi cukuplah apa yang saya lihat dan nampak menjadi pengajaran kepada saya dan rakan2 pemantau untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dapatan yang baik kami jadikan teladan dan yang kurang dan lemah itu kami jadikan sempadan.

Saya dan rakan2 pemantau yang lain berharap rakan2 KPT dan PT di sekolah lebih bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kerana kerja2 yang ikhlas membawa keberkatan kepada rezeki yang kita terima setiap bulan.

No comments:

Post a Comment