Friday, October 28, 2011

Strategi........

Pengurusan Fail - nampaknya kena kerja keras hingga hujung tahun ini kalau nak tengok pengurusan fail cantik dan teratur. Penukaran sistem fail IAB kepada sistem ARKIB telah berjaya dilaksanakan mulai 7 Oktober 2011.....meskipun masih dalam proses pelaksanaan bagi sektor lain. Strategi pertama - kena buat pemantauan ke sektor dan unit. Lepas tu kena buat task force di kalangan staf UKP untuk mengemaskini kertas minit untuk fail peribadi pulak sebelum ditukar kepada sistem ARKIB.

27 Oktober 2011 kaunter fail telah dibuat, hanya 2 orang staf UKP (Nor dan Mazlin) berada di bilik fail dan pintu sentiasa berkunci. Jika fail diperlukan hanya perlu meminta daripada luar kaunter dan fail akan disediakan. Satu peningkatan yang baik bagi keselamatan fail.

28 Oktober 2011 bermula kemas mengemas bilik fail dan proses sisih bermula lagi. Sedikit pengubahsuaian dilakukan iaitu rak berkunci dibuat untuk menyimpan BRP. Kabinet fail yang digunakan untuk menyimpan BRP akan dinyah keluar dari bilik fail agar bilik itu lebih luas dan selesa. Dengan berkampungnya 2 orang staf di bilik itu maka diharap fail perkara dan fail peribadi akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pemantauan berterusan dilakukan untuk fail-fail yang berada di sektor dan unit lain. Insyaallah...pengurusan fail akan lebih baik selepas ini.

No comments:

Post a Comment