Thursday, November 17, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI OKTOBER, NOV DAN DISEMBER 2011

Di urus setiakan oleh SPS bersama UKP perhimpunan bulanan dijalankan seperti biasa - ceria, meriah dan kenyang. Ucapan ringkas Pengarah dan penganugerahan kepada penerima bertuah dan sumbangan ikhlas kepada penerima yang menghadapi musibah. Majlis perhimpunan berakhir jam 9.30 pagi.

Jamuan ringan 9.30-10.00 pagi.

Jam 10.00 bermula pengumuman UPSR untuk 17 buah Sekolah Rendah di Labuan. Ramai GB, GPK 1 senyum lebar sebab peratusan sekolah meningkat dan ramai anak murid mereka mendapat 5A. Hari ini dalam sejarah SK Pekan 1 memperolehi 20 orang murid mendapat 5A (hadiah untuk cg Raiki yang akan bersara pada bulan Mac tahun hadapan). Tahniah SK Pekan 1 (sekolah tempat saya bertugas pertama sekali datang ke Labuan).

11.30 pagi mesyuarat khas bersama SM St Anthony. Perbincangan berakhir jam 1.00 petang.

2.30 petang mesyuarat MPT28. First time kena bentang minit untuk back up Setiausaha tetap yang out station. Sorry....kalau ada yang tersasul dan semoga masa2 akan datang ianya akan berjalan dengan lancar dan ok saja. Mesyuarat berakhir jam 5.00 petang dengan jamuan ringan sudah tersedia menanti. Semua orang kenyang.....tak perlu makan malam lagi. Jamuan ringan yang di 'share' oleh en.Din (untuk taklimat keselamatan ICT) di bilik Rafflesia. Tq en. Din dan tahniah juga kerana sudah menjadi tunangan orang.

Esok.....banyak kerja menunggu.....kena layan surat2 untuk dijawab. Kena key in permohonan insurans guru2 dan AKS yang melawat ke luar negara. Setelah duduk di UKP, barulah saya tau.....betapa ramainya guru2 dan AKS membuat lawatan ke luar negara apabila tiba musim cuti sekolah. Di antaranya ke Hong Kong, Thailand, Singapore, Brunei, Turki, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan, China.

Minggu depan 23 Nov saya kena hadir mesyuarat di Putrajaya berkaitan urusan lawatan rasmi ke luar negara. Semoga perjalanan saya dipermudahkan dan dilindungi Allah sentiasa. Dan kalau orang yang membuat kerja2 berkaitan lawatan rasmi keluar negara tu....agak2....akan berpeluangkah dibawa melawat ke luar negara? he he he....perasan.......







No comments:

Post a Comment