Thursday, December 15, 2011

LAWATAN PPD TUARAN KE JPWP LABUAN - 15 HINGGA 16 DISEMBER 2011

Dalam kesibukan jabatan mengurus hal SBPA dan penutupan akaun, sempat juga menyambut tetamu yang sudi datang melawat ke JPN Labuan. Seramai 41 orang pegawai dan AKS dari PPD Tuaran diketuai oleh En. Roslan Abdul Salim meluangkan masa ke JPN untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam melaksanakan urusan fail, 5S dan MS ISO.

Tetamu disajikan dengan taklimat Pengurusan Fail dan 5S oleh En. Arief Gunawan, MS ISO oleh Tn. Hj Mohd Hamka dan eHadir oleh En. Samsudin Yalla. Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata kenangan.

Disebelah petang rombongan dibawa oleh En. Faizal ke Pusat Ko perlawanan persahabatan Paint Ball.

Pada 16 Disember 2011 rombongan akan melawat Pengurusan Kewangan SK Pekan 2 dan SMK T.P.Bedaun.

Terima kasih rombongan PPD Tuaran yang sudi melawat jabatan kami. Janganlah serik...... datanglah lagi.

No comments:

Post a Comment