Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, December 16, 2011

PEMILIHAN SKIM SBPA DAN USIA PERSARAAN 60 TAHUN - 16 DISEMBER 2011

Hari ini pegawai dan kakitangan JPWPLabuan membuat pilihan dan menandatangani opsyen Skim SBPA dan usia persaraan 60 tahun. Yang dah faham tu hanya menyemak ejaan nama yang betul, nombor kad pengenalan, tangga gaji lama dan baru dan bulan kenaikan gaji lepas tu sign tanpa banyak soal. Bagi yang kurang jelas sebelum menurunkan tandatangan banyaklah soalan2 yang dikemukakan kepada urus setia terutama sekali usia persaraan 60 tahun. Soalannya mudah saja...kalau saya tt 60 tahun....dan rasa tak sihat...nak pencen pulak umur 56 atau 58 tahun macamana?...kalau jawapan saya mudah sahaja....Kalau kita tt 60 tahun dan rasa inda sihat ....inda payah risau2....bila kerajaan bersarakan kita pada usia sebelum 60 tahun, ganjaran akan dibayar sehingga umur 60 tahun itu.....ok kan? jadi ceritanya...pada yang bermasalah kesihatan....you better sign dan pilih 60 tahun ....kebajikan kita tetap terjaga. Tapi kalau masih sihat dan dah boring nak kerja.....teringin nak berehat mohon saja untuk pencen awal dan bagi lantikan sebelum April 1991 ganjaran dan pencen mereka akan dibayar pada usia persaraan pilihan itu tapi bagi lantikan selepas April 1991 ganjaran dan gaji pencen akan dibayar pada usia umur 55 tahun (jika kita memohon pencen pada usia kurang daripada 55 tahun itu). Mudah saja kan....tapi kalau mereka tanya ....kenapa kenaikan gaji tak sampai pun 7% - 13 % seperti yang diceritakan dalam bajet tempoh hari? tak dapatlah saya nak menjawabnya....sebab sifir gaji dah disediakan oleh JPA ........mereka tanya lagi....macamana cerita pergerakan gaji tahunan berdasarkan prestasi...dan jika prestasi cemerlang pergerakan gaji sehingga 15% tu macamana?...pun tak dapatlah saya nak menjawabnya....tak taulah tu cikgu....

Walau bagaimanapun....pegawai dan staf yang ada di jabatan semua sudah menurunkan tt memilih skim SBPA dan ramai yang memilih pencen 60 tahun termasuklah saya sendiri.....tapi target sebenar saya akan memilih untuk bersara pada usia 58 tahun (pilihan sebelum ini)...tapi kerana gembira dengan tawaran kerajaan....tak salah kan kalau kita tick 60 tahun.

No comments:

Post a Comment