Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Sunday, December 25, 2011

BENGKEL SKT TAHUN 2012 ANJURAN SJK/SPM/SPsK - 19 HINGGA 21 DISEMBER 2011.

Bengkel terakhir untuk Tahun 2012 buat saya. Terima kasih Cik Khaziayati kerana sudi menyenaraikan nama saya untuk mengikuti bengkel ini. Oleh kerana senarai tugas di UKP berlainan dengan di UKA maka kenalah saya menyediakan SKT yang lain dan terperinci untuk Tahun 2012. Alhamdulillah....hasil bimbingan KS SJK maka fahamlah saya cara menyediakan SKT yang betul. Kalay tak silap seakan-akan sama macam menyediakan bajet. Ada masa, kuantiti, kualiti, kos dan lain-lain. Bengkel selama 3 hari 2 malam diadakan di Novotel 1Borneo KK semua peserta berjaya menyiapkan SKT masing-masing dengan gembira.

Pada 21 Disember sebelum Check out dengan diketuai oleh Pengarah Pn. Mistrine kami sempat membuat lawatan 5S ke SPA, JPSabah dan JNJK Sabah. Tahniah kepada staf SPA, JPSabah yang dapat merealisasikan 5S dengan cantik dan mematuhi peraturan bukan mentadikakan nya.Bolehlah dijadikan contoh untuk menambahbaik lagi 5S di JPWPlabuan.

Lawatan singkat ke JNJK Sabah juga banyak membantu dan mencetuskan idea untuk kami menambahbaik 5S di jabatan kita. Semoga 5S kita selepas ini akan lebih mantap dan berjaya dipersijilkan...Insyaallah...

Pada 30 Disember ini akan ada mesyuarat termasuk 5S dan episod seterusnya ialah pelancaran baru 5S jabatan dimana zon dipecahkan mungkin kepada 6 bahagian sahaja.

No comments:

Post a Comment