Friday, February 17, 2012

KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD ANJURAN UNIT KHIDMAT PENGURUSAN - 15 FEBRUARI 2012

En. Kasno B Paijan Pen.Pegawai Arkib masih setia membantu JPWPLabuan dalam penguursan fail dan rekod. Terima kasih yang tidak terhingga buat en.Kasno. Seramai 43 orang ditawarkan mengikuti kursus tetapi hanya 40 orang yang hadir memberi komitmen. Selepas melaksanakan sistem ARKIB ini adalah kali yang kedua en. kasno menunjuk ajar sataf JPWPL. Oleh kerana saya baru mengambil alih pengurusan fail menggunakan sistem ARKIB ini maka ini adalah pendedahan pertama saya ikuti melalui kursus pengurusan fail ini. Penceramah sangat mahir dengan bidang tugasnya dan penerangan juga jelas sambil diselang seli dengan contoh2 yang menghiburkan. KS SKPP juga sangat kommites kerana menghadirkan diri dari awal hingga akhir. Tahniah KS kerana sudi bersama kami sepanjang kurus dijalankan sambil bertanya soalan dan berkongsi maklumat.

Adalah diharapkan pengurusan fail dan rekod selepas ini akan terurus dengan baik dan mengikut akta Arkib. Penyusunan daftar fail akan saya teliti dan selaraskan satu persatu tanpa melihat yang lama atau menunggu senarai daftar fail yang belum diserahkan kepada saya sejak mengambil alih tugas ini. Dengan berpandukan kamus fail Arkib dan pendedahan yang saya terima Insyaallah saya boleh uruskan fail di jabatan ini sebaik mungkin dan of course lah dengan nasihat KS SKPP yang sentiasa sedia memberi tunjuk ajar dan tidak mengamalkan favouritesm.

No comments:

Post a Comment