Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Monday, February 13, 2012

PERBINCANGAN PERSEDIAAN AUDIT DALAM KPM BERSAMA PENGARAH - 13 FEBRUARI 2012

Macam baru saja rasanya Audit Dalam datang membuat pengauditan (Tahun 2009) dan kini mereka muncul lagi dengan diketuai oleh Pn Mahani (Juruaudit yang sama). Masih lagi teringat dan terngiang2 suara Pn Mahani melecture saya di depan juruaudit lain. Tanya itu tanya ini. Apa nak buat leh kerana KU Kew kami pada masa itu out stataionlah pula kena lah saya mengadapa mereka. Ke sana ke mari diminta mengambil itu ini. Sabar sajalah. Dengan kerja2 yang banyak menunggu dan tak habis2, dengan audit pula tak habis2 membebel walaupun kesilapan dibuat orang lain. Itulah kenyataan dan kenangan mengabdikan diri di UKA tak akan dilupa sampai bila2 kecuali dah tak boleh ingat kut...mudah2an komputer dalam kepala saya ni tak obsulate hingga ke akhir hayat. Kalau nak bercerita boleh dibuat novel mau2 boleh dibuat drama atau filem lagi.

Hari ini Pn Pengarah mengadakan satu perbincangan khas bagi persediaan Audit Dalam KPM yang akan berkampung dari 20 - 25 Februari 2012 di JPWPL. Orang yang pertama di audit semestilah saya sebabnya sayalah konon2 orang yang menyediakan Akaun Khas jabatan walaupun part yang saya buat hanya menyediakan baucar, melengkapkan Buku Tunai dan menyediakan penyesuaian bank. Sepatutnya Akaun Khas ini sudah ditutup sejak tahun 2009 lagi atas saranan audit tapi kena drag sampailah ke tahun 2012 Januari barulah akaun tu kosong (zero). Patut kah saya juga yang kena jawab? Malas tah ku ingau.

Lepas kena kunyanyang pasal Akaun Khas (andaian saja bah nih), saya kena pula menjawab bab penyelenggaraan kenderaan sebabnya apabila saya berpindah ke UKP saya pula bertanggungjawab pasal kenderaan jabatan. Kena cari sejarah, kewPA, jadual penyelenggaraan kata pengarah. Selesai saja perbincangan belum2 sempat pergi solat saya terus meluru masuk bilik fail minta si nor sediakan fail2 kenderaan jabatan (temasuk fail2 tutup). Setelah menyemak semua fail satu persatu akhirnya terjumpalah juga apa2 benda yang saya perlukan untuk persediaan audit. Hai....mujurlah semuanya boleh dicari....kalau tidak....kalau tidak.....saya akan terus mencari sampai dapat.

No comments:

Post a Comment