Friday, February 17, 2012

PERSEDIAAN MENGHADAPI AUDIT DALAM KPM - 16-17 FEBRUARI 2012

Masing-masing Sektor dan Unit sibuk membuat persediaan kunjungan Audit Dalam KPM yang akan berkampung di JPWPL pada 20-25 Februari 2012.

Persediaan di pihak saya di antaranya;

1. Akaun Khas jabatan

2. Buku Log Kenderaan dengan sejarah kenderaan JPWPL.

3. Carta Organisasi Induk JPWPL yang terkini.

Alhamdulillah....saya dah membuat persiapan yang rapi dengan membuat senarai semak setiap tajuk yang di atas tetapi jika ada juga soalan atau permintaan yang keluar di luar jangkaan maka terpaksalah juga saya bersedia pada bila2 masa menyelesaikannya. Cuti2 kami yang terlibat dengan Audit ini dibekukan.

UKP juga terlibat dengan urusan tempahan makan/minum dan penggunaan kenderaan sepanjang Audit menjalankan tugas rasmi mereka di JPWPL. Alhamdulillah....semuanya sudah diurus oleh UKP. Itulah di antara tugas2 di UKP dimana akan sentiasa terlibat dengan aktiviti jabatan dan perancangan UKP seterusnya ialah menyediakan laporan tempahan makan/minum jika sektor dan unit menghantar ke UKP bagi memudahkan pihak jabatan dan membantu pihak pengurusan apabila diperlukan. Sekurang2nya UKP ada menyimpan maklumat yang dikehendaki. Mengambil pengajaran apabila pihak pengurusan memerlukan tarikh2 penting aktiviti yang sudah dijalankan setiap ahli mesyuarat sudah terlupa walaupun aktiviti baru saja dilaksanakan. Biasalah....mana nak ingat semuanya.....


No comments:

Post a Comment