Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Monday, February 20, 2012

BERSAMA AUDIT DALAM KPM - 20 FEBRUARI 2012

Tiba juga akhirnya saya kena mengadap Audit Dalam KPM berkaitan Akaun Khas. Walaupun penyata bank dah zero dan dalam proses untuk tutup tapi prosedur tetap dijalankan dari awal hingga akhir. Walaupun tiada penyelewengan berlaku tetap pengurusan rekod Akaun Khas adalah lemah.

Daftar Resit - nahi
Daftar Cek - nahi
Akaun subsidiari - nahi

Akaun khas dikendalikan oleh 2 Unit, jadi masing2 meletakkan tanggungjawab kepada orang lain. Tidak pasti tanggungjawab sebenar dan apabila ditanya Audit masing2 mau mengelak dan masing2 mau mempertahankan diri, mau menegakkan benang yang basah.

Tapi apa2 pun tak kisahlah, apa yang berlalu biar terus berlalu dan jangan toleh ke belakang lagi. Selepas Akaun Khas ini sah ditutup marilah kita sama2 meraikannya dan bergembira kerana sudah terlepas satu beban yang bagaikan menghimpit kepala kita setiap kali Audit datang. Bukan takut sebab tiada apa yang nak ditakutkan pun tapi malas nak menjelaskan pada Audit bila jawapan tetap sama ' bukan saya yang pegang cek ni, bukan saya yang rekod resit ni....hai malas2 sangat2. Alhamdulillah....berakhir sudah satu penantian untuk menutup akaun yang menyusahkan ini......tapi cukup memberi pengalaman dan ilmu kepada saya selama ini.....

20-23 Feb para Audit juga turun ke sekolah2 membuat auditan kepada bantuan2 yang diturunkan ke sekolah. Disamping memantau perkhidmatan pembersihan dan kawalan keselamatan, pusat akses komputer.

24 Feb akan diadakan exit conference pulak. Tahan telingalah untuk mendengar teguran. Tak kisah lah..biasa sudah pun.....

No comments:

Post a Comment