Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Saturday, February 11, 2012

SAMA2 MERAIKAN MAJLIS PERNIKAHAN KS SPM EN. SAMSUDIN DAN PT SPS CIK LILISEAH DI MASJID JAMEK ANNUR - 11 FEBRUARI 2012 (SABTU)

Persalinan yang keempat

Persalinan yang ketiga

Persalinan yang kedua

Persalinan yang pertama


Pakaian tradisi kaum Bugis Tawau

Persandingan en.oden & lili di Kuala Penyu



Pengantin mengabadikan kenangan bersama keluarga masing2 (Tawau dan Kuala Penyu)

En. Samsudin @ Oden mengakhiri zaman bujang

Awal pagi dah bersiap2 untuk turun ofis. Dah janji dengan kawan2 untuk sama2 ke Majlis Oden dan Lili seperti yang dijemput jam 10.00 pagi di Masjid Jamek Annur. Jam 9.28 pagi si Ros pun menelepon mereka tunggu di basement. Si Nor, Lin, Lys dan saya pun turun dari ofis untuk ke majlis nikah en. oden & lili. Jam 9.40 kami sampai di Masjid, kereta dah banyak dan mujur masih ada parking. Di luar bilik tempat majlis akad nikah cg Omar dah mundar mandir menyambut tetamu yang datang. Kami mengambil tempat masing2 sambil menunggu pengantin datang. Pengantin perempuan sedang bersiap di belakang bilik dengan pengapit dan mak andam. Lebih kurang jam 10.30 En. Oden pun sampai dengan keluarganya. Terdiri dari datuk (bapa kepada ibunya), emak, dua orang kakak, makcik2nya, pakcik2 dan anak2 saudara. Keluarga Lili awal2 lagi sudah menunggu di bilik tempat majlis berlangsung. Tunggu punya tunggu juru nikah tak sampai2. Lenguh juga menunggu. Aircond pula tak kuat, bilik rasa panas dan rimas sebab ramai orang. Boleh2 jurunikah terlupa jadual dan mengaku masa itu sedang membawa anak2 berjalan2 di bandar. Kelakar juga. Jam 11.15 pagi jurunikahnya pun sampai dan acara pernikahan pun dijalankan dengan tenang dan lancar. Dengan sekali lafaz En. Oden menjadi suami yang sah kepada liliseah. Tahniah En. Oden dan Lili semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Majlis persandingan en.oden dan lili di Kuala Penyu pada 18 Feb 2012.
Majlis Persandingan di Tawau pula pada 25 Feb 2012.
Dengar2 pengantin akan berbulan madu di Dubai. Wah seronoknya.....


No comments:

Post a Comment