Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Tuesday, May 1, 2012

UKUR BAJU UNTUK PAKAIAN SERAGAM - 25 APRIL 2012

Pakaian Seragam untuk PAP, PRA, Pemandu dan Pekerja Makmal. Hari ini mereka semua dipanggil untuk membuat ukuran. Lelaki dapat baju & seluar manakala perempuan pulak baju dan skirt panjang. Design dan warna pakaian seragam dipilih oleh KS SKPP Pn. Azniza. Baju bentuk korporat dan warna kuning emas tapi lembut. Seluar & skirt berwarna hitam. Pekerja Makmal pulak ditambah dengan sepasang Labcoat. Memang cantiklah pakain mereka nanti.

Urusan kasut telah pun selesai dan masing-masing gembira kerana dah dapat kasut baru.

Pakaian lewat sikit urusannya kerana kontrak pusat dah tamat dan satu masalah pulak mencari kedai jahit yang ada lesen dengan kementerian kewangan kerana itulah syarat yang diberi oleh PMS. Saya mencari kedai jahit di Labuan dan Sabah melalui internet, menghubungi mereka melalui telefon, emel dan akhirnya Kedai Jahit & Butik Sri Kandi bersetuju menerima tempahan kami. Syukur Alhamdulillah......setelah melalui banyak fasa...dari menghubungi pembekal, memanggil pembekal untuk berbincang tentang design, berjumpa lagi dengan pembekal berbincang tentang harga dan akhirnya aktiviti ukur mengukur pulak dilaksanakan.







Syukur....ini adalah di antara tugas2 yang telah diamanahkan kepada saya dan dapat dilaksanakan mengikut kemampuan.......

1 comment:

  1. Terima kasih hjh, insyaallah, syarikat kami akn memenuhi permintaan semua walau dlm kesibukan menyiapkan baju raya dn pusat kemahiran. Apa pun kami ucapkn tkasih krna di beri peluang

    ReplyDelete