Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, July 19, 2013

Menghadiri Program Ihya Ramadhan - Ahlan Ya Ramadhan di Pejabat Mufti

Setiap tahun Pejabat Mufti akan menganjurkan Ihya Ramadhan dengan mengadakan Tazkirah selama 1 jam. Kalau tahun2 sudah program ni diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan dan bermula jam 8.00 pagi. Tahun ni nampaknya pihak penganjur mengambil kira keselesaan peserta. Tazkirah diadakan 2 kali seminggu sepanjang ramadhan dan bermula jam 8.30-9.30 pagi.

Tazkirah pertama pada 2 Ramadhan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Mat dengan tajuk Ahlan Ya Ramadhan. Ustaz lebih menekankan bahawa  ibadah yang wajib kita dahulukan ialah Solat......kerana orang yang solat itu pasti dia mengerjakan puasa dan orang yang puasa itu ada yang tak solat. Penuhi bulan Ramadhan ini dengan membaca Al Quran, berzikir setiap masa dan hayati makna puasa itu.

Tazkirah kedua pada 7 Ramadhan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Najah dengan tajuk Haid. Memang best lah ustaz ini kerana beliau boleh menjelaskan masalah haid seolah2 beliau mengalami pengalaman haid ini. Ustaz ni banyak membuat kajian tentang haid. Bila ustaz menerangkan cerita haid nih....terasa diri ini banyak sangat kekurangan tentang ilmu berkaitan haid ini. Oleh kerana haid ini ada hubungkait dengan ibadah solat dan puasa maka wajiblah kaum wanita mempelajari sedalam2nya mengenai haid ini agar ibadah kita sempurna dan diterima ALLAH jua.

Tazkirah ketiga pada 9 Ramadhan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azuar dengan tajuk Solat VS Puasa. Kedua2 ibadat ini adalah perintah dari ALLAH maka wajiblah kita mengerjakannya tanpa gagal. Ustaz kata banyakkan berdoa di bulan penuh keberkatan ini.

Alhamdulillah......bersyukur sangat2 sebab disamping mengadap kerja2 di pejabat dapat juga kita mengunjungi taman2 syurga di awal pagi dengan izin dari boss (surat kebenaran keluar semasa bertugas).Insyaallah akan berkunjung lagi ke taman2 syurga minggu hadapan dengan tajuk cerita yang lain pulak.

No comments:

Post a Comment