Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Friday, July 19, 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI PENUH MAKNA

Kesibukan bekerja .....akhirnya kita dah sampai ke bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari yang ke 10 kita berpuasa. Alhamdulillah......nampaknya perjalanan ibadah di Ramadhan tahun ini sedikit lancar dan bertenaga. Hari pertama puasa sempat berkunjung ke Masjid Biru (masjid AlMuhamadiah Kg Lajau - lokasi berhampiran dengan Kolej Vokasional dulu dikenali sebagai SM Teknik). Hari kedua berkunjung pula ke Masjid Jamek Layangan. Hari ketiga berkunjung ke masjid Al Muttaqin Kerupang. Hari keempat dan hinggalah malam ini saya berterawih di rumah saja.memang seronok solat terawih di Masjid kerana kita dapat pahala berjemaah. Disamping dapat pula mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid dan sunat rawatib. Tapi......nampaknya jemaah wanita kita masih lagi kurang menghayati adab2 solat berjemaah nih.Sana sini saf nampak berlobang2...takda sapa peduli nak memenuhi ruang yang kosong.....membawa anak2 kecil dan dibiarkan terbaring2 di barisan saf.....bukankah suasana begini menggangu emosi orang lain yang datang dengan harapan dapat bersolat terawih dengan kyusuk untuk mendapat pahala. Kalau sedar kita tu membawa anak2 kecil yang belum mumayiz duduklah di bahagian belakang sekali......kerana situasi ini ada lah kawan2 yang memendam perasaan dan rela solat terawih di rumah saja. Kalau di rumah kita boleh terus mengaji QURAN kata mereka. Kalau dikira begini betul juga.....Ustaz kata dalam tazkirahnya....daripada hati kita ada perasaan tidak senang terhadap orang lain dan stress lebih baik kita solat di rumah.

Rasanya setiap tahun pengalaman ni kita lalui. Betullah kata Ustaz dan Ustazah menuntut ilmu agama itu sangat2 penting untuk diri kita dan juga untuk kebaikan orang lain.


No comments:

Post a Comment